Rabu, 30 November 2011

Remaja perempuan 14 tahun mengarahkan dua rakan lelakinya merogol gadis

PETALING JAYA: Remaja perempuan samseng. Itu ungkapan sesuai buat seorang remaja apabila sanggup memukul rakan sendiri dengan topi keledar sebelum mengarahkan dua rakan lelakinya merogol gadis terbabit sambil diperhatikannya dalam kejadian di sebuah hutan di tepi lebuh raya berhampiran Kundang, di sini, Ahad lalu.

Perbuatan itu dilakukan selepas cemburu melihat teman lelakinya cuba menggoda mangsa hingga hubungan cinta mereka terputus.

Kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu menyebabkan mangsa cedera di kepala selepas dipukul dengan topi keledar.

Menceritakan kejadian itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Nora, 16, berkata, dia tidak menyangka rakannya yang berusia 14 tahun sanggup mengarahkan dua rakan lelaki merogolnya disebabkan cemburu buta.

Katanya, sebelum kejadian, kira-kira jam 2.30 petang, gadis terbabit mengajaknya keluar makan bersama enam lelaki berusia 20-an di sebuah kedai makan di Kundang.

“Saya mengikut mereka kerana mengenali rakan saya itu yang sungguh baik dan tidak pernah menyakitkan hatinya. Saya menaiki motosikal bersama seorang daripada kumpulan lelaki itu menuju ke sebuah kedai makan berdekatan rumah.

“Selepas dua jam, saya mengajak mereka pulang kerana bimbang dimarahi ibu tetapi disekat rakan saya itu dengan memberi alasan mahu mengambil seorang lagi rakan di Kundang,” katanya semalam.

Nora berkata, dia berasa pelik apabila dia dibawa ke sebuah hutan.

“Rakan saya itu memberi alasan membawa saya ke hutan akibat sakit hati dan mahu membalas dendam serta mendakwa saya merampas teman lelakinya.

“Sebaik turun dari motosikal, dia memukul kepala saya hingga menyebabkan kecederaan selain merasa pening sebelum memaksa saya membuka baju sekiranya tidak mahu dicederakan dengan lebih teruk,” katanya.

Katanya, memikirkan keselamatan diri, dia terpaksa mengikut arahan dan dirogol dua lelaki yang disaksikan rakan perempuannya itu.

Menurutnya, selepas dirogol, dia kemudian dihantar pulang sebelum membuat laporan di Balai Polis Cheras, kelmarin bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan mengesahkan menerima laporan mangsa./hmetro

Selasa, 29 November 2011

Orang Asli dipenjara kerana mencabul

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga minggu ke atas seorang Orang Asli selepas mengaku bersalah terhadap dakwaan menggunakan kekerasan untuk mencabul kehormatan seorang gadis bawah umur.

Majistret Parvin Hameedah Natchair memerintahkan hukuman ke atas Baharom Awang, 23, dilaksanakan mulai tarikh dia ditangkap pada 23 Nov.

Baharom, seorang pekerja membancuh simen, didakwa menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan seorang gadis berumur 17 tahun di koridor bertentangan dengan Maple Boutique, No. 105 Jalan Sultan, Dang Wangi, pada 11.45 pagi 23 Nov.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau rotan atau mana-mana dua hukuman jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Tan Siew Ping./Bernama

Cedera dibelasah tegur wanita buang sampah

AMPANG: Angkara menegur seorang wanita supaya tidak membuang sampah merata-rata menyebabkan seorang lelaki cedera dipukul dengan besi oleh dua lelaki termasuk teman lelaki wanita terbabit dalam kejadian di Pandan Perdana, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa yang berusia 25 tahun menegur perbuatan seorang wanita membuang sampah di kawasan awam.

Teguran mangsa membuatkan teman lelaki wanita terbabit yang berada di tempat kejadian tidak berpuas hati lalu memanggil rakannya untuk membelasah mangsa.

Menurut mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad, 25, teman lelaki wanita itu datang ke rumahnya bersama seorang rakan dengan membawa dua besi panjang.

Katanya, mereka mengetuk dan menendang pintu pagar rumahnya serta mencabar untuk berlawan.

“Saya cuba memberi nasihat, namun berlaku pertengkaran sebelum mereka memukul saya dengan menggunakan besi,” katanya di sini, semalam.

Katanya, lebih malang, dua lelaki itu mencekik lehernya hingga tidak boleh bernafas, namun bersyukur kerana dapat melepaskan diri.

Menurutnya, selepas kejadian itu, dua lelaki terbabit masih tidak berpuas hati dan mengajaknya bergaduh, namun dia menolak kerana tidak mahu perkara itu diperbesarkan.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Balai Polis Ampang./hmetro

Waris bayi lelaki dittinggal belakang klinik dicari

ALOR SETAR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah mencari ibu, bapa atau waris kepada seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar 14 Nov. lepas.

Pengarah JKM Kedah, Zulkiply Ramli berkata, selepas ditemui orang awam, bayi yang diberi nama Adam Haris, berumur 15 hari itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan dan kini telah dibenarkan keluar hospital.

"Kami memohon kepada ibu, waris atau mana-mana individu yang mengenali atau mengetahui tentang kes ini agar menghubungi Pelindung Kanak-Kanak di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar, Mohd. Basharudin Samsudin atau Rosmini Meh di talian 04-7202370 atau 04-7202351,” katanya.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Zulkiply berkata, untuk tempoh sebulan di bawah jagaan sementara, bayi berkenaan ditempatkan di Taman Sinar Harapan, Jitra./Bernama

Ibu tanam bayi tidak cukup bulan

mayat bayi
TAMPIN: Seorang ibu muda dipercayai dalam proses penceraian, ditahan kerana disyaki membuang dan menanam bayi dipercayai lahir tidak cukup bulan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, suspek berusia 25 tahun itu, ditahan sebaik menerima laporan daripada Hospital Melaka kira-kira jam 1 pagi ketika suspek sedang menerima rawatan.

Beliau berkata, susulan penahanan serta hasil soal siasat, suspek terbabit kemudian membawa anggota polis ke lokasi mayat bayi yang ditanam di dalam semak, berdekatan sebuah lorong di Jalan Batu Belang, di sini.

“Polis mengambil hampir setengah jam, menggali lokasi dikatakan suspek, bagi mengeluarkan mayat bayi lelaki yang telah reput.

“Mayat bayi dilahirkan 22 November lalu itu, dibawa ke Hospital Tampin, sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban untuk bedah siasat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Kooi Cheang berkata, suspek berasal dari Taman Indah, ditahan reman tiga hari mulai kelmarin bagi mem bolehkan suspek disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan susulan menyembunyikan kelahiran.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, diminta tampil membantu polis menjalankan siasatan dengan menghubungi balai berdekat an atau Pegawai Penyiasat Cif Inspektor Azmi Abdul Salam di talian 06-4411221 atau 06-4411222./sinarharian

Isnin, 28 November 2011

Buat maksiat dalam kereta

maksiat
romen3
romen2
KUANTAN: Memalukan. Itulah perkataan yang sesuai menggambarkan perbuatan tidak senonoh dua individu dipercayai sepasang kekasih apabila tanpa segan silu melakukan maksiat dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta belakang lorong kedai, Jalan Datuk Lim Hoe Lek di sini, petang semalam.

Perbuatan terkutuk pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu sempat dirakam orang awam kebetu-lan berada di kawasan itu.

Lebih memalukan, pasangan wanita yang melakukan adegan itu nampak sopan dengan bertudung dan berbaju kurung.

Orang awam dikenali sebagai Fook berkata, adegan memalukan dalam kereta jenis Proton Saga itu berlaku kira-kira 20 minit.

Menurutnya, dia kebetu-lan di pejabat berhampiran kawasan itu ternampak kelibat mencurigakan pasangan terbabit sebelum keluar meninjau kerana bimbang berlaku kejadian jenayah di situ.

“Selepas mengamati barulah saya tahu peristiwa sebenar di mana pasangan kekasih itu sedang asyik bermadu asmara di tempat terbuka tanpa segan silu,” katanya.

Fook berkata, tidak lama kemudian dia ternampak kereta itu beredar namun masih berlegar di kawasan terbabit sebelum meninggalkan kawasan itu.

Sementara itu, seorang pekerja swasta di kawasan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Rahman berkata, lorong belakang yang agak tersorok dan jarang dilalui kenderaan memberi kesempatan kepada pasangan gelojoh nafsu seperti itu melakukan aksi terlarang.

Dia berkata, beberapa rakannya pernah menceritakan terserempak dengan pasangan kekasih yang sedang memadu asmara dalam kereta seperti mana aksi yang dirakamkan itu.

“Kalau boleh, pihak berkuasa agama turut memberi tumpuan dan membuat rondaan di kawasan lorong belakang bagi membendung gejala negatif ini.

“Mungkin pasangan kekasih seperti itu berani melakukan maksiat kerana mereka tahu kawasan itu ‘selamat’ dan tersorok,” katanya./sinarharian

Mayat seorang buruh di temui dalam keadaan berlumuran darah

KULIM: Mayat seorang buruh di temui dalam keadaan berlumuran darah dalam tempat mengambil wuduk wanita dalam masjid taman kenari yang dalam pembinaan./sinarharian

‘Sedar-sedar parang dah ada di leher’

REMBAU: “Kami sekeluarga yang tidur nyenyak di bilik tidak mendengar bunyi bising seolah-olah dipukau sedangkan tombol pintu bilik anak lelaki saya dipecahkan menggunakan tong gas.

“Sejurus tersedar, saya terkejut melihat parang berada di leher dan berasakan nyawa bagaikan berada di hujung tanduk,” kata Raja Mahadzir Raja Khalid, 55.

Rumahnya di Kampung Titian Akar, di sini, dipecah masuk sekumpulan lelaki awal pagi semalam. Sebelum ini, rumah seorang ibu tunggal di Kampung Sawah Raja berhampiran dipecah masuk dipercayai penjenayah sama, baru-baru ini.

Menceritakan detik cemas jam 4 pagi itu, Raja Mahadzir berkata, empat lelaki dipercayai warga asing melarikan wang tunai lebih RM2,000 termasuk barang kemas, jam tangan berjenama, kamera dan telefon bimbit.

Menurutnya, dia dan isteri terperanjat apabila mendapati dua lelaki berada di sisi katil dan meminta mereka mendiamkan diri serta menunjukkan tempat simpanan wang dan barang kemas.

“Selepas lelaki itu menyelongkar laci almari solek, mereka mengikat kaki dan tangan kami menggunakan tuala isteri yang dipotong menggunakan parang.

“Ketika itu, anak kami turut diikat dua lagi rakan mereka yang menyelongkar bilik berasingan,” katanya.

Raja Mahadzir berkata, keempat-empat lelaki itu berada di dalam rumahnya kira-kira 30 minit sebelum melarikan diri melalui pintu belakang. “Saya kemudian segera membuka ikatan dan menghubungi polis. Selepas kejadian, saya menjumpai longgokan najis di bawah ampaian belakang rumah dipercayai najis penjenayah berkenaan,” katanya yang mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM10,000.

Katanya, berdasarkan dialek penjenayah itu, dia tidak menolak kemungkinan mereka warga asing.

“Saya berharap penjenayah terbabit diberkas secepat mungkin supaya kejadian seumpama itu tidak berulang,” katanya yang masih trauma. Beliau membuat laporan di Balai Polis Kota untuk tindakan selanjutnya./hmetro

Remaja perempuan dicabul penghuni pusat pemulihan

MARANG: “Saya diseksa hampir setengah jam oleh lima rakan sebilik. Mereka bukan saja tidak mengendahkan rayuan saya, tetapi berterusan melakukan perbuatan terkutuk itu walaupun saya merayu minta dilepaskan,” kata remaja hanya mahu dikenali sebagai Mira, 14, dari Klang, Selangor, yang mendakwa menjadi mangsa penderaan seksual dan buli di sebuah sekolah pemulihan akhlak di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian itu, Mira yang juga anak kedua daripada tiga beradik mengalami detik hitam apabila mendakwa alat sulitnya dirodok dengan botol pewangi badan dan jari oleh lima pelajar berusia 14 hingga 17 tahun terbabit yang tidak puas hati terhadapnya.

“Kejadian itu menyebabkan saya tertekan terutama mengenangkan masa depan sedangkan saya dihantar ibu ke sini untuk berubah,” katanya yang baru dua bulan memasuki sekolah itu.

Mira mendakwa berjumpa pelajar terbabit dalam bilik mandi jam 3 petang apabila mereka secara sukarela mahu membantunya mencuci rambut yang dijangkiti kutu, tetapi ketika membantunya seorang pelajar 17 tahun meraba belakang badannya menyebabkan dia kurang selesa lalu memarahinya dan segera mandi sebelum balik ke bilik asrama.

“Ketika saya bersiap untuk keluar menghadiri satu program, berlaku pertengkaran mulut dan dia menolak saya ke almari, tetapi saya melawan. “Dia memanggil empat lagi rakannya yang turut berada dalam bilik air sebelum ini iaitu dua berusia 14 tahun memegang tangan dan kaki manakala yang berusia 16 tahun menutup mulut dan mata dengan selimut sebelum dia naik ke atas badan saya.

“Seorang daripada mereka memasukkan botol pewangi ke dalam alat sulit saya diikuti jarinya hampir 20 minit. Mereka memperlakukan saya seperti binatang,” katanya sedih ketika ditemui di sebuah kedai di Marang, semalam.

Bagaimanapun, katanya, lima pelajar terbabit menghentikan perbuatan mereka apabila pintu bilik berkenaan diketuk seorang pelajar lain jam 4.20 petang sebelum Mira bergegas keluar.

Dia bercadang mendiamkan kejadian itu, tetapi seorang senior berusia 17 tahun yang juga rakan baiknya mengetahui perkara itu sebelum diketahui warden asrama.

Pihak sekolah membawanya ke hospital sebelum dibenarkan keluar jam 6.30 petang Sabtu lalu dan dia menceritakan kejadian itu kepada ibunya yang baru tiba dari Klang, Selangor.

Mira mendakwa pernah beberapa kali dibuli lima pelajar terbabit apabila dia bukan saja dipaksa mencuci tandas dan pakaian, tetapi turut ditendang selain kehilangan beberapa barang keperluan hariannya.

Sementara itu, ibu mangsa, Nur, 30-an, menerima panggilan daripada polis jam 2.15 pagi Jumaat lalu, memaklumkan Mira dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu kerana menjadi mangsa buli sedangkan pihak sekolah tidak menghubunginya.

“Ibu mana yang tidak sakit hatinya melihat anak diperlakukan sebegini rupa sedangkan tujuan saya menghantarnya untuk mengubah dan mendisplinkannya, tetapi sebaliknya yang berlaku,” katanya yang juga pekerja di sebuah kilang di Kapar, Klang.

“Ketika melawatnya pada Aidiladha lalu, Mira mengadu dibuli sambil menunjukkan lebam di badannya. Saya memintanya bersabar dan membangkitkan perkara ini kepada pihak sekolah supaya tindakan sewajarnya diambil.

“Tidak sangka ia akan menjadi serius seperti ini. Perkara seumpama ini mungkin tidak berlaku seandainya pihak sekolah memandang serius aduan saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika ditemui mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan./hmetro

Wanita lumpuh mati dikelar anak

BEBERAPA anggota polis mengusung mayat seorang wanita warga emas yang dibunuh di sebuah rumah di Jalan BS 14/2A Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan semalam.SERDANG: Seorang wanita warga emas yang uzur dan lumpuh dikelar sampai mati oleh anak sendiri sebelum pemuda itu kemudian cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya dalam kejadian menyayat hati di sebuah rumah teres tiga tingkat di Jalan BS 14/2A Taman Bukit Serdang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, semasa kejadian pada pukul 10.45 pagi, hanya warga emas berusia 74 tahun dan anak lelakinya yang berumur 35 tahun berada di rumah.

Bagaimanapun, menurut beliau, tanpa diketahui apa puncanya pemuda yang dipercayai mempunyai masalah mental itu bertindak di luar dugaan dengan mengelar leher ibunya yang berada di ruang tamu rumah menggunakan sebilah pisau.

“Selepas melihat ibunya cedera, suspek kemudian dipercayai mengelar leher sendiri,” kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam./kosmo

Korban kemarahan adik

SUSPEK (dua dari kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam sebelum ditahan reman selama lima hari.
PETALING JAYA: Gara-gara tidak tahan dengan desakan si abang yang menuntut hutang, seorang adik yang dipercayai terlalu marah bertindak menikam mati saudara kandungnya itu dalam kejadian di Taman Dato Harun di sini kelmarin.

Kejadian itu berlaku pada pukul 6 petang semasa dua beradik itu berada di tingkat atas rumah teres itu manakala ibu bapa mereka berada di ruang tamu rumah.

Difahamkan sebelum tercetus tragedi berdarah itu, kedua-dua beradik terbabit berperang mulut kerana isu hutang RM50.

Mangsa, Kamarul Azhar Nazi, 28, mendesak adiknya yang berusia 21 tahun supaya membayar semula hutang sebanyak RM50.

Tidak tahan dengan desakan si abang, si adik yang terlalu marah mengeluarkan pisau dan menikam dada dan paha kiri mangsa.

Kamarul yang cedera parah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia selepas dua jam menerima rawatan./kosmo

Perogol bersiri licik tumpas

Perogol bersiri licik tumpas
KOTA BHARU: Hasrat seorang perogol bersiri yang ingin melampiaskan nafsu serakahnya tidak kesampaian apabila dia diberkas oleh orang ramai selepas cuba merogol seorang jurujual, kelmarin.

Tindakan licik perogol bersiri yang diburu polis dipercayai terlibat hampir 20 kes itu akhirnya kecundang setelah dia ditangkap antara jam 12 tengah hari.

Suspek yang tidak bekerja itu juga difahamkan dikehendaki polis selepas dipercayai menjalankan kegiatan terkutuk berkenaan di beberapa jajahan lain.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, suspek berusia 29 tahun itu dikatakan memasuki bilik yang disewa oleh jurujual tersebut terletak berhampiran sebuah pasar raya di Lembah Sireh, dekat sini.

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 20-an itu tidak sempat dirogol oleh suspek selepas salah seorang daripada rakan mangsa menyedari terdapat bunyi bising seolah-olah ada lelaki bergaduh di dalam bilik berkenaan.

Seorang penjaga bilik yang enggan dikenali memberitahu, dia mengetahui kejadian terbabit selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada salah seorang penyewa bilik menyuruhnya naik ke tingkat tersebut kerana mendengar suara lelaki.

“Pada mulanya saya mengingatkan penyewa ini membawa masuk teman lelaki masuk bilik tanpa pengetahuan saya, namun dalam masa sama saya mendengar bunyi suasana tegang berlaku dalam bilik tersebut.

“Setelah bimbang dengan keselamatan wanita tersebut, saya memberitahu dua pekerja lelaki yang lain dan setelah lelaki terbabit menyedari kedatangan kami, dia cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap sebelum diserahkan kepada polis,” katanya ketika ditemui, semalam.

Penjaga terbabit juga menceritakan dia tidak dapat melihat kejadian itu secara jelas dan hanya melihat tangan mangsa diikat dengan wayar, yang ketika itu memakai tuala kerana difahamkan baru selesai mandi.

Suspek yang berasal dari Kampung Dusun Muda, dibawa ke Mahkamah Majistret di sini dan Majistret, Muhammad Hafiz Mohd Noor mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari bermula semalam.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang daripada tempoh lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan.

Pada 25 Ogos lalu, media menyiarkan laporan mengenai seorang perogol bersiri dikehendaki polis kerana dipercayai terbabit dalam 19 kejadian rogol dan cubaan merogol sejak tahun lalu menggunakan modus operandi mengikat tangan dan mengacukan pisau sebelum merogol./sinarharian

Ahad, 27 November 2011

Ditikam akibat cemburu

KUALA LUMPUR: Walaupun sudah putus tunang, seorang lelaki nekad menikam rakan kepada bekas tunangnya dalam kejadian di restoran di Taman Midah, Cheras, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi, seorang lelaki berumur 28 ditikam di dada dan kaki oleh seorang lelaki dipercayai bekas tunang kepada rakan wanitanya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, lelaki berumur 33 tahun ditahan di restoran berhampiran tempat kejadian bagi membantu siasatan.

“Siasatan menunjukkan mangsa ditikam suspek akibat cemburu kerana dipercayai bekas tunangnya didapati bersama dengan mangsa.

“Kita merampas pisau lipat dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa,” katanya.

Menurutnya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan suspek direman mulai semalam./sinarharian

Warga Pakistan dicekup khalwat

Khalwat
AMPANG: Seorang lelaki warga Pakistan ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), dan pegawai Masjid Al-Azim kerana berkhalwat de­ngan seorang wanita warga Filipina di sebuah rumah kedai di Taman Kosas, semalam.

Pekerja kontraktor itu dicekup di bilik sewa kira-kira jam 3 pagi bersama wanita berusia 28 tahun itu.

Operasi tersebut dijalankan setelah pihak pegawai Masjid Al-Azim, menerima maklumat orang awam me­ngenai kehadiran wanita bukan Muslim di rumah berkenaan.

Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, Ahmad Nawi Osman berkata, beliau dan anggotanya mengetuk pintu kediaman tersebut beberapa kali, sebelum pintu rumah dibuka rakan lelaki berkenaan.

“Kami mendapati lima lelaki sedang tidur di ruang tamu, manakala pasangan berkenaan tidur di se­buah bilik,” katanya.

Beliau berkata, lelaki berusia 34 tahun itu hanya berseluar pendek tanpa baju, manakala wanita itu memakai baju tidur.

“Wanita itu bekerja sebagai pembantu rumah telah mendiami rumah itu, selama dua minggu. Kami mengarah­kan wanita itu meninggalkan rumah tersebut, manakala lelaki itu diwajibkan hadir ke Masjid Al-Azim untuk sesi kaunseling esok,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjalankan operasi ini di bawah Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali./sinarharian

Sabtu, 26 November 2011

Masalah keluarga punca gadis hilang

SHAH ALAM: Bukan diculik, tetapi masalah keluarga dipercayai punca kehilangan seorang gadis, Shirra Alissa Choo George, 19, yang gagal dihubungi sejak keluar rumah di Taman Bukit Indah, Ampang, 14 November lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, polis percaya gadis tersebut tidak diculik kerana keluarganya setakat ini tidak menerima sebarang panggilan ugutan mahupun permintaan wang tebusan.

“Siasatan kes tersebut masih dijalankan dan sehingga kini polis sudah merakam percakapan lapan individu. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan,” katanya ketika di temui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, semalam.

Dalam pada itu katanya, beliau menafikan laporan sebuah akhbar yang mengatakan Shirra Alissa dilarikan tiga lelaki menaiki sebuah kereta. Penuntut kolej di ibu negara itu dikatakan menghubungi ibunya sebelum dia dikesan hilang. Keluarga gadis itu cuba menghubunginya tetapi gagal dan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Kehilangan Shirra Alissa turut mendapat liputan me­luas antaranya di Facebook dan beberapa blog./sinarharian

Calon SPM ditangkap khalwat

Khalwat
LEDANG: “Saya hanya berehat dan menonton televisyen di bilik ini.”

Demikian alasan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila dicekup berkhalwat bersama pasangannya oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), awal pagi semalam.

Remaja perempuan berusia 17 dan pasangannya berusia 27 itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12.30 pagi ketika sedang berdua-duaan di dalam sebuah bilik di bengkel jentera di Serom 6, Sungai Mati, di sini.

Pelajar itu juga mendakwa dia datang ke bilik teman lelakinya itu sekadar untuk mengisi masa lapang kerana tiada kertas peperiksaan yang diduduki pada hari tersebut, selain akan pulang ke rumah di Muar sebaik sahaja selesai berehat di bilik itu.

Manakala, teman lelakinya adalah duda beranak dua dan baru sahaja bekerja di bengkel itu sejak sebulan lalu.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguatkuasa, Zainal Kadiran memeriksa bilik di bengkel itu.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya berseluar dalam membuka pintu.

“Para penguat kuasa hanya me­nunggu kira-kira dua minit sebelum lelaki itu membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan menemui seorang remaja perempuan memakai baju-T dan berseluar pendek sedang baring di atas tilam,” katanya kepada Sinar Harian.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Mati untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.

“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya./sinarharian

Polis serempak mayat dibakar

JOHOR BAHRU: Perasaan ingin tahu seorang anggota polis sebaik melihat kepulan asap tebal disangkanya pembakaran terbuka membawa kepada penemuan mengejutkan apabila mendapati ia sebenarnya pembakaran mayat seorang lelaki yang dilonggokkan dengan bahan binaan di atasnya di kawasan lapang Jalan Jati 2, Taman Nusa Bestari di sini, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi, anggota polis berkenaan yang melakukan rondaan cegah jenayah melihat kepulan asap tebal di kawasan lapang berkenaan dan walaupun menyangka ia daripada pembakaran terbuka, dia tetap ke tempat kejadian untuk memeriksa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Nusajaya, Deputi Superitendan Razak Md Said berkata, anggota yang melakukan rondaan biasa di sekitar kawasan perumahan itu bagi mencegah jenayah, mendapati api berkenaan berpunca daripada longgokan kayu dan bahan pembinaan terbuang.

“Apabila meneliti objek yang terselindung di sebalik longgokan kayu itu, anggota polis berkenaan terkejut apabila menyedari terdapat mayat seorang lelaki dibakar.

“Melihat ada mayat, anggota berkenaan meminta bantuan seorang awam yang berada di kawasan berhampiran bagi membantunya memadam api berkenaan.

“Usaha mereka memadamkan api mengelak tubuh lelaki berkulit cerah itu terbakar sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Razak berkata, pihaknya tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri milik mangsa dan motif kes berkenaan masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, bagi membantu siasatan awal pihaknya mengambil keterangan tujuh lelaki warga asing yang tinggal di sebuah rumah kongsi berhampiran lokasi.

Bagaimanapun, katanya, semua warga asing itu mendakwa tidak sedar kejadian itu berlaku disebabkan nyenyak tidur ketika kejadian.

“Semua warga asing berkenaan membabitkan tiga pekerja Indonesia, seorang warga Bangladesh, seorang Myanmar dan dua pekerja dari China.

“Kami tidak pasti sama ada mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dibakar di situ dan masih menunggu laporan bedah siasat bagi memastikan punca kematian dan sama ada mangsa diserang secara fizikal sebelum dibakar,” katanya.

Berikutan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Selain itu, katanya, orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Ahmad Hassan di talian 019-6000588./hmetro

Remaja kena tipu sebelum dirogol

Remaja kena tipu sebelum dirogolPASIR GUDANG: Malang buat seorang remaja berusia 17 tahun dari Taman Cendana, di sini, apabila ditipu sebelum dirogol oleh seorang individu tidak dikenali di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran kawasan tapak takungan air, Masai, 19 November lalu.

Mengimbas kembali peristiwa hitam itu, gadis itu mendakwa diperdaya lelaki terbabit ketika sedang menunggu van pekerja di perhentian bas bersebelahan rumahnya sekitar jam 1 petang.

Menurutnya, sebuah kereta jenis Proton Saga warna coklat dipandu lelaki berusia lingkungan 20-an berhenti di perhentian bas itu, sebelum memanggil namanya dan memberitahu diberikan tanggungjawab untuk menjemputnya dan pekerja lain berikutan van pekerja rosak.

“Lelaki terbabit kemudiannya bertanyakan nama dan meminta pengesahan umpama mahu mengetahui adakah saya orang yang dicarinya.

“Mendengar penjelasan diberikan, saya pun percaya dan mengikutnya dengan kereta dipandu lelaki terbabit,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Operator kilang itu berkata, sebelum ke lokasi kejadian, lelaki terbabit memberitahu mahu ke Taman Scientex terlebih dahulu kononnya mahu menjemput seorang lain pekerja lain.

Bagaimanapun, katanya, perasaan bimbang mulai menyelubunginya apabila kereta yang dipandu langsung tidak berhenti di Taman Scientex, sebaliknya meluru laju di Jalan Kong-Kong menuju ke arah Kota Masai.

Menurutnya, dia segera meminta lelaki terbabit supaya menghantarnya ke tempat kerja, tetapi tidak diendahkan.

“Setelah memberhentikan kereta, lelaki terbabit menarik saya keluar dan kemudiannya meminta saya duduk di tepi sebatang pokok kelapa sawit.

“Dengan memberi alasan mahu membuang air kecil, lelaki terbabit menghilang sebentar sebelum datang kembali tanpa pakaian dan duduk di sebelah saya," katanya.

Selepas itu, lelaki terbabit mula melakukan perkara yang tidak dingini terhadap dirinya.

Walaupun cuba menghalang, lelaki itu memarahinya dan mengugut mahu membunuh jika melawan.

Remaja itu berkata, dia cuba meminta lelaki terbabit supaya tidak mengapa-apakannya, namun diabaikan sebelum merogolnya.

“Selepas kejadian, lelaki itu menghantar saya ke bangunan kedai di Taman Scientex dan terus meninggalkan saya,” katanya.

Dia segera membuat laporan polis sekitar jam 3.26 petang tersebut, sebelum memberitahu abangnya pada keesokan hari.

Abang mangsa, Mat (bukan nama sebenar), 22, berkata, dia membuat laporan polis tambahan sebaik sahaja mendengar cerita adiknya itu.

“Saya bersyukur kerana adik perempuan dapat pulang dengan selamat walaupun dirogol oleh manusia biadab.

“Saya amat berharap polis dapat memberkas lelaki terbabit dengan segera,” katanya./sinarharian

Warga emas puja ‘Datuk’ tokong tinggal

ALOR GAJAH: Segelintir warga emas beragama Islam sanggup meredah laluan berselut tanah merah di kawasan ladang kelapa sawit semata-mata mendapatkan nombor bertuah melalui acara pemujaan di sebuah tokong lama di Lubok Cina, di sini.

Kedudukannya di puncak bukit 2.5 Kilometer dari jalan utama selain dikelilingi ladang kelapa sawit menjadikannya terlindung daripada pandangan umum. Penduduk, Darus Awaludin, 68, berkata, lokasi tokong lama yang terletak di atas bukit itu menjadikannya sebagai tempat terbaik bagi mereka yang taksub mendapatkan nombor ramalan.

“Pada asalnya, bangsal yang menjadi tempat pemujaan itu adalah sebuah tokong lama yang ditinggalkan, namun kini ia dijadikan tempat melakukan aktiviti pemujaan bagi mereka yang kemaruk inginkan nombor ramalan.

“Saya sendiri pernah melihat sekumpulan lelaki warga emas Melayu, datang ke sini membawa kambing dalam sebuah pacuan empat roda dipercayai untuk aktiviti pemujaan itu selepas senja.

“Saya juga melihat mereka membawa kambing itu dan barangan lain, dipercayai perkakasan untuk upacara pemujaan ke dalam bangsal di atas bukit di tengah ladang sawit itu,” katanya di sini, semalam. Menurutnya, kebiasaannya kaki ekor datang melakukan aktiviti haram mereka selepas senja sebelum menjelang malam pada setiap hari Khamis malam Jumaat kerana menganggap waktu itu paling sesuai dan kurang gangguan.

Katanya, mereka yang ingin memuja nombor membawa peralatan yang diminta pengamal nombor ramalan seperti tujuh kambing hitam, semangkuk darah ayam, telur ular tedung ,senjata lama atau barangan lama.

Menurutnya, kaki ekor juga membawa pengeras ke situ antaranya colok, pisang, tujuh batang rokok dan buah yang didakwa hidangan untuk penunggu di situ.

“Kaki nombor ekor turut bermalam di situ untuk menjalankan aktiviti bertapa memuja ‘Datuk’ selama beberapa hari kerana yakin takdir memihak kepada nasib mereka.

“Suasana akan menjadi bingit apabila tempat pemujaan dikunjungi kaki nombor selepas mereka mendakwa menerima nombor yang diberikan penunggu di situ apabila selesai upacara pemujaan dilakukan,” katanya.

Difahamkan, kumpulan pemuja tegar turut mengadakan pesta memotong kambing setiap pertengahan tahun, malah ada yang memeluk dan mencium kambing itu sebagai satu upacara.

Seorang lagi penduduk, Hemizan Selamat, 42, berkata, golongan itu biasanya menggunakan jampi tertentu untuk menyeru penunggu dalam usaha memuja nombor diingini.

“Mereka taksub kepada benda keramat seperti keris, kubur, pokok besar dan batu sehingga ada antara golongan ini sanggup meredah jauh ke dalam ladang estet untuk tujuan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, amalan kuno seperti puja kambing, darah ayam dan ancak untuk jamu jin diamalkan orang Melayu dulu-dulu sejak turun temurun.

Katanya, sehingga hari ini amalan itu dalam diam masih diamalkan segelintir masyarakat untuk mendapatkan sesuatu melalui cara mistik.

“Mamang menyedihkan apabila mereka tergamak mencampur-aduk ajaran Islam dengan fahaman karut,” katanya./hmetro

Jumaat, 25 November 2011

Dua kali suntik pelali tapi gagal perkosa

KUCHING: Seorang wanita nekad mempertahankan kesuciannya daripada diragut walaupun dalam keadaan separuh sedar selepas disuntik ubat pelali sebanyak dua kali oleh seorang lelaki yang cuba merogolnya di sebuah panggung wayang mini di Jalan Rubber di sini, Selasa lalu.

Difahamkan, mangsa berusia 25 tahun yang bertugas di sebuah stesen penyiaran di bandar raya ini bersendirian ke tempat kejadian, sebelum tangannya ditarik seorang lelaki dikenali sebaik memasuki pawagam mini itu, kira-kira jam 7.20 malam.

Menurut sumber, suspek menarik mangsa sebelum menyuntiknya dengan ubat pelali menyebabkan wanita berkenaan cuba melawan, namun tidak berdaya.

Katanya, melihat mangsa cuba melawan, suspek bertindak lebih agresif apabila menggunakan kakinya untuk ‘mengikat’ tangan wanita berkenaan sebelum menyuntik kali kedua.

“Suntikan itu menyebabkan mangsa menggigil dan separuh sedar, namun dia menguatkan tenaga untuk melawan suspek yang masih berusaha untuk merogolnya.

“Suspek turut didakwa cuba memeluknya, namun mangsa sekali lagi melawan. Pada masa sama, mangsa beberapa kali ditolak ke atas sofa, namun cubaan suspek melakukan perbuatan keji itu gagal,” katanya.

Suspek keluar dari bilik berkenaan sebelum menghantar mangsa ke pejabatnya.

Sumber berkata, susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Satok di sini, pada petang keesokan hari.

Susulan laporan itu, polis terus memburu dan menahan suspek berusia 28 tahun yang bekerja sebagai kerani pejabat, kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan pihaknya menerima laporan dan siasatan masih dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama kerana cubaan merogol dan suspek direman empat hari bermula semalam./hmetro

Malang gadis berkemban

AMPANG: Malang menimpa seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang ‘berkemban’ sebaik keluar bilik air apabila diperkosa seorang kenalan di dalam rumahnya di Pandan Indah, di sini, malam kelmarin.

Lelaki warga Myanmar terbabit dipercayai menyelinap masuk ke bilik mangsa ketika gadis itu mandi.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 10 malam itu, lelaki itu menyerang mangsa dari arah belakang.

“Mangsa yang juga pelayan restoran terkejut dengan tindakan lelaki terbabit, bagaimanapun tidak dapat melarikan diri apabila suspek menolak mangsa hingga dia terjatuh ke lantai.

“Suspek memaki-hamun mangsa supaya tidak melawan. Lelaki itu kemudian membuka tuala dipakai mangsa sebelum memperkosanya,” katanya.

Sumber berkata, selepas beberapa jam kemudian suspek keluar dari rumah berkenaan dan mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, remaja terbabit dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan./hmetro

Khamis, 24 November 2011

Ditemui mati dengan kesan tikaman di leher

ALOR SETAR: Seorang wanita ditemui mati di dalam sebuah bilik di rumahnya di Taman Jaya, Jalan Langgar di sini malam tadi.

Mayat Heng Song Moi, 59, ditemui oleh anak lelakinya dengan terdapat beberapa kesan tikaman di lehernya.

"Kita masih mencari seorang lelaki Myanmar yang bekerja sebagai pembantu mangsa di sebuah gerai mee di Jalan Putra bagi membantu siasatan,” kata Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd. Jan.

Beliau berkata, polis menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 11.45 malam.

Hasil bedah siasat dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah mendapati mangsa mati disebabkan dari luka tikaman kepada lehernya, kata Adzaman./Bernama

Janin dalam tong sampah

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kontrak pembersihan terkejut menemui janin lelaki dalam tong sampah di hadapan sebuah rumah di Jalan Jinjang Indah 4, Jinjang Utara, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komi­sioner Zakaria Pagan berkata, janin itu ditemui, kira-kira jam 7.50 pagi, ketika pekerja terbabit sedang melakukan kerja mengutip sampah.

Katanya, pekerja itu kemudiannya memaklumkan penemuan tersebut kepada penduduk sebelum laporan polis dibuat.

“Pemeriksaan mendapati janin lelaki itu berusia lingkungan lima hingga enam bulan.

“Terdapat kesan koyak pada leher dan tiada kesan darah. Kita percaya janin itu dibuang dalam tempoh 24 jam,” katanya.

Beliau berkata, janin itu dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu me-nyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit./sinarharian

Seterika muka isteri

KUALA LUMPUR: Sukar digambarkan azab yang dilalui seorang suri rumah apabila mukanya ditekap dengan seterika panas, dipukul lebih 15 minit, lehernya dijerut dengan selendang sebelum digantung di kipas oleh suaminya.

Kejadian berlaku jam 3 pagi kelmarin di rumah pasangan terbabit di Taman Miharja, Cheras di sini, apabila wanita berusia lewat 30 tahun itu mempersoalkan tindakan suami mahu menceraikannya. Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila selendang yang digunakan untuk menjerut leher dan menggantungnya di kipas siling terputus, membolehkan dia menyelamatkan diri.

Menurut sumber, sebelum kejadian si suami memberitahu mahu menceraikannya dan menyebabkan mangsa bertanya mengapa mahu berbuat demikian.

“Bagaimanapun, tanpa diduga soalan itu menyebabkan suaminya berang lalu mengambil seterika panas dan menekap muka mangsa. Terkejut dengan tindakan suaminya, mangsa menangis dan meminta dikasihani.

“Namun rayuannya itu tidak diendahkan suspek yang dilaporkan menjadi lebih ganas dan memukul mangsa menggunakan tangan dan kakinya,” katanya.

Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila suspek yang bagaikan dirasuk syaitan mengambil selendang mangsa dan menjerut leher isterinya.

“Lebih kejam, suspek mengangkat mangsa dan menggantungnya di kipas siling di ruang tamu sebelum menghidupkan suis kipas dan menyaksikan isterinya terpakai-kapai meminta bantuan.

“Suspek meninggalkan ruang tamu buat sementara untuk ke bahagian lain di dalam rumah dan mujur ketika itu selendang yang menjerut leher mangsa terputus.

“Sebaik terselamat, mangsa berlari keluar dari rumahnya dan mendapatkan bantuan saudaranya yang tinggal berhampiran sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Sumber berkata, mangsa dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, untuk rawatan berikutan mukanya yang melecur selain beberapa kecederaan lain di badan akibat dipukul.

Difahamkan, selepas sehari dimasukkan ke hospital berkenaan mangsa dibenarkan pulang jam 11.30 pagi, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dilakukan./hmetro

Tiga nenek dipenjara 10 bulan kerana memiliki dadah

nenek
MOHD ISKANDAR OTHMAN
GEOREGETOWN: Layak digelar nenek namun perangai persis remaja yang baru meningkat umur. Itu gambaran yang boleh dibuat ke atas tiga wanita yang dijatuhi hukuman penjara 10 bulan selepas didapati bersalah memiliki dadah.

Aloyah Abdul Hamid, 56; Norlia Yahya, 42; dan Saadiah A Rahman, 54, didapati bersalah selepas ditahan pada 28 September lalu kira-kira jam 6 petang di sebuah rumah di Jalan Selangor di sini.

Mengikut pertudu­han, mereka bersama-sama didakwa memiliki dadah jenis heroin dan monoacetylmorphines seberat 0.75 gram.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum me­ngikut Seksyen 12(3) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Ketiga-tiga wanita itu yang hadir ke mahkamah berpakaian penjara bagaimanapun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Ketika diberi kesempatan membuat rayuan, mereka merayu dikenakan hukuman ringan bermula dari tarikh tangkapan.

Difahamkan, mereka kini sedang menjalani hukuman penjara akibat kesalahan mengambil dadah.

Majistret Noor Aini Yusof kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan yang dijalankan serentak dengan hukuman yang dikenakan sebelum ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Nur Farhana Hashim./sinarharian

Rabu, 23 November 2011

Bomoh mengaku tidak bersalah atas dakwaan mencabul remaja 17 tahun

KANGAR: Seorang bomoh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan mencabul kehormatan seorang remaja berusia 17 tahun, dalam sebuah bilik di rumahnya di Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis, 21 Ogos lalu.

Tertuduh, Isa Man, 66 membuat pengakuan itu selepas memahami pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Pendaftar Mahkamah, Monica Joseph Gaisah.

Mengikut pertuduhan, Isa dituduh mencabul kehormatan remaja17 tahun itu kira-kira jam 10.30 malam ketika mangsa bersama nenek dan bapa saudaranya ke rumah tertuduh bagi mendapatkan rawatan tradisional bagi penyakit ketumbuhan barah payudaranya.

Semasa berada di rumah suspek, pengadu mengatakan dibawa masuk ke dalam sebuah bilik rumah sebelum suspek dikatakan menarik dan mencabul pengadu semasa rawatan dijalankan.

Disebabkan dari kejadian itu, pengadu berasa dirinya tertipu dan dicabul tertuduh.

Tertuduh ditangkap oleh pihak polis pada 22 Ogos lalu kira-kira jam 6.45 petang di rumahnya, di Seberang Alor Kuala Perlis.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Pertuduhan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syazwani Mohamad Sobry manakala tertuduh diwakili peguam, Zuhair Ahmad Zakuan.

Nor Syazwani menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin tetapi tertuduh merayu supaya wang jaminan itu dikurangkan.

Monica kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dan menetapkan 3 November ini untuk sebutan kes./sinarharian

Penjual telur cedera ditikam perompak

PASIR MAS: “Saya ditikam dengan pisau ketika berada dalam van, tetapi lelaki itu melarikan diri sebaik saya menjerit minta tolong,” kata warga emas, Ibrahim Mamat, 61, yang menerima beberapa jahitan di belakang badan akibat serangan ketika cubaan samun di Kubang Kerian, dekat Kota Bharu.

Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari Ahad lalu, penjenayah yang menyamar pelanggan nekad mencederakan Ibrahim dalam usaha merampas beg pinggang dipakai mangsa yang mengandungi wang tunai RM2,000. Ibrahim yang berniaga telur berkata, sebelum kejadian, dia baru selesai menghantar telur di sebuah kedai runcit di kawasan itu.

“Selepas menghantar telur, saya masuk ke dalam van dan tiba-tiba seorang lelaki datang membuka pintu van sambil bertanyakan telur dijual. Saya memberitahu telur itu dijual secara runcit atau borong. “Lelaki itu cuba meragut beg pinggang menyebabkan berlaku pergelutan lebih 10 minit sebelum dia menikam belakang badan saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Petaling di sini, semalam.

Ibrahim yang turut cedera di tangan kiri dikejarkan orang awam yang melihat kejadian itu ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Menurutnya, dia menerima rawatan semalaman di hospital berkenaan sebelum dibenarkan pulang kelmarin.

“Saya menghantar telur di merata tempat sejak lebih 12 tahun lalu. Ini kali pertama berdepan kejadian menakutkan seperti itu,” katanya.

Katanya, lelaki yang menikamnya dipercayai berusia 30-an dan melarikan diri bersama dua lagi lelaki menaiki sebuah Proton Iswara. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian, Kota Bharu./hmetro