Jumaat, 30 September 2011

‘Tuhan hukum kau’

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang kelindan lori selepas didapati bersalah membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan di sebuah taman permainan, tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu terhadap M Rajamorgan, 33, selepas berpuashati pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong berjaya membuktikan kes di akhir pembelaan.

“Selepas meneliti keterangan saksi dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati tertuduh didapati bersalah terhadap pertuduhan,” katanya.

Bagaimanapun, hukuman gantung itu gagal meredakan kemarahan bapa dan ibu mangsa yang turut hadir semalam apabila mereka cuba menyerang Rajamorgan sejurus dia dibawa keluar dari mahkamah.

S Karigalan, 42, dan isterinya, K Thilagavathy, 23, dilihat cuba menyerbu ke arah M Rajamorgan.

Bagaimanapun, usaha pasangan suami isteri itu dihalang polis dan ahli keluarga tertuduh sebelum Rajamorgan dibawa pergi.

“Tuhan akan menghukum kamu!,” jerit Karigalan sambil menudingkan jari ke arah Rajamorgan.

Mengikut pertuduhan, Rajamorgan didakwa membunuh K Haresvarra di taman permainan kanak-kanak Pangsapuri Vista Damansara, Jalan Kenanga, Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya, dekat sini, antara jam 9.40 dan 10.10 malam pada 3 Mac lalu.

Dia menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan membawa hukuman mati mandatori.

Kali pertama tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, dekat sini, adalah pada 15 Mac lalu. Difahamkan, Haresvarra anak sulung pasangan Karigalan dan Thilagavathy. Kes kanak-kanak malang itu mendapat liputan meluas berikutan berlaku kurang tempoh seminggu selepas Syafiah Humaira Sahari, 4, di Batang Kali, dekat sini, mati akibat didera. Sementara itu, Karigalan yang ditemui media memberitahu keputusan mahkamah itu sememangnya sudah dijangka.

Bagaimanapun dia masih terkilan dengan kematian anak lelaki kesayangannya itu. “Saya sudah belikan dia rumah untuk dia tinggal bila besar nanti, namun semuanya seperti sudah tidak bermakna lagi,” katanya.

Berdasarkan keterangan doktor patologi, Dr Karunakaran Mathiharan, mangsa didapati mati akibat kecederaan pada hatinya yang boleh disebabkan oleh pukulan objek tumpul selain mendapati terdapat kesan kecederaan yang masih baru di badannya./hmetro

Gadis 12 tahun dirogol lima kali oleh abang angkat

KUALA LUMPUR: Seorang gadis sunti dipaksa menghisap sebatang rokok yang dipercayai mengandungi dadah sebelum pengsan dan dirogol seorang lelaki berusia 20 tahun yang juga abang angkatnya di sebuah flat di Pantai Dalam, di sini, awal Julai lalu.

Mangsa iaitu murid berusia 12 tahun diugut supaya merahsiakan kejadian itu. Disebabkan takut, mangsa mendiamkan diri menyebabkan dia terus dinodai suspek dan dipercayai dirogol lebih lima kali dalam tempoh hampir dua bulan lalu.

Tidak tahan dengan kejadian itu, mangsa mengadu kepada sepupu suspek berusia awal 20-an pada hujung Ogos lalu, namun aduannya itu sia-sia apabila lelaki terbabit pula merogolnya.

Bagi mengakhiri penderitaannya, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini, kelmarin.

Menceritakan kejadian itu, sumber polis berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 2 petang awal Julai lalu, mangsa yang bersendirian ketika menaiki lif untuk pulang ke rumahnya di tingkat tujuh flat itu terserempak dengan abang angkatnya.

“Suspek kemudian memaksa mangsa mengekorinya pulang ke rumah. Lelaki terbabit seterusnya memaksa mangsa menghisap sebatang rokok menyebabkan dia pengsan.

“Sebaik tersedar mangsa menyedari dia dirogol. Suspek kemudian mengugut untuk mencederakan mangsa jika memberitahu kejadian itu kepada orang lain termasuk ibunya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa dirogol suspek lebih lima kali dan dipercayai dipaksa menghisap rokok sebelum dinodai./hmetro

Khamis, 29 September 2011

Lelaki ditemui mati dalam kebun

MUAR: Seorang lelaki ditemui mati oleh seorang pembeli buah-buahan di sebuah kebun di Bukit Pasir, di sini semalam.

Dalam penemuan jam 3 petang itu, pembeli berkenaan, menjumpai mayat terbabit yang kebetulan datang berurusan untuk membeli buah-buahan di kebun terbabit yang juga milik keluarga si mati.

Mangsa dikatakan tidak lagi mampu bekerja kerana menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis .

Jurucakap polis berkata, pihak polis menjumpai sebuah botol kaca yang dipercayai bekas berisi racun dan sebuah bekas minyak petrol kosong berhampiran mayat mangsa.

“Mangsa tidak mempunyai pekerjaan tetap selepas berhenti bekerja di sebuah kilang perabot dan sejak tidak mempunyai pekerjaan.

“Ketika mayatnya dijumpai, hampir 80 peratus badan mangsa melecur dan mayatnya kemudiannya dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya,” katanya.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut./sinarharian

Rabu, 28 September 2011

Baju terbalik bongkar rahsia adik

BESUT: Tindakan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun memakai baju dan seluar sukan secara terbalik ketika bergegas pulang ke rumah selepas dihubungi kakaknya menerusi telefon bimbit membongkar rahsianya yang cuba melakukan hubungan seks dengan teman lelaki dalam kejadian di Kampung Pengkalan Nyireh, di sini, Ahad lalu.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila kakak remaja terbabit berusia 28 tahun terjaga daripada tidur dan mendapati remaja itu tiada di biliknya di rumah mereka di kampung berkenaan pada jam 4 pagi.

“Mengesyaki remaja itu keluar bertemu teman lelakinya di sebuah resort di daerah ini, wanita itu menghubungi telefon bimbit adiknya, namun tiada jawapan.

“Wanita berkenaan yang mengenali teman lelaki adiknya yang berusia 21 tahun menghubungi telefon bimbit lelaki terbabit, tetapi diberitahu dia tidak mengetahui di mana remaja itu berada sebelum remaja berkenaan tiba di rumah beberapa minit kemudian,” katanya.

Sumber berkata, bimbang rahsianya terbongkar, remaja terbabit mencipta pelbagai helah memperdaya kakaknya yang mengesyaki dia bertemu teman lelaki selepas pelik melihat pakaian dipakai terbalik.

Selepas didesak, remaja berkenaan yang juga pelajar sekolah menengah di bandar ini akur dan mengaku bertemu teman lelaki sebelum kakaknya membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, di sini, jam 11 pagi hari sama.

Sumber berkata, ekoran laporan itu, remaja wanita terbabit dihantar ke Hospital Besut, di sini, untuk pemeriksaan dan mendapati tiada kesan koyakan lama sebaliknya hanya kesan merah pada luar kemaluannya.

Polis percaya remaja terbabit tidak sempat melakukan seks kerana terkejut panggilan telefon kakaknya ketika berada di kolam renang resort berkenaan./hmetro

Mayat budak hilang di ladang sawit

KUALA KANGSAR: Kanak-kanak berusia 11 tahun, Nur Shafiqa Ismail, yang dilaporkan hilang pada 16 September lalu, dijumpai mati dibunuh di kawasan ladang sawit Kampung Langkor, Kati, Kuala Kangsar, di sini, pagi tadi.

Mayat kanak-kanak itu ditemui pada jam 10.30 pagi oleh seorang pekerja ladang kelapa sawit itu yang kemudian memaklumkan kepada majikannya sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Ghaffar Muhammad, berkata mayat kanak-kanak malang itu ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan jerutan di leher.

“Ibu mangsa mengesahkan mayat itu ialah Nur Syafiqa ketika membuat pengecaman di tempat penemuan mayat itu di ladang berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, mayat Nur Syafiqa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.

Pemilik ladang kelapa sawit berkenaan yang enggan identitinya disiarkan berkata, mayat itu ditemui seorang pekerjanya ketika mahu membersihkan ladang.
Ketika ditemui, katanya, mayat berkenaan berada di bawah tebing tanah berbukit di ladang itu dengan ditimbus daun kelapa sawit kering.

“Pekerja itu memberitahu perkara terbabit kepada saya sebelum kami melaporkan kepada polis,” katanya.
Nur Shafiqa yang tinggal bersama ibu saudaranya di Kampung Talang Masjid, Kuala Kangsar sejak awal Januari lalu selepas ibu bapanya berpisah./hmetro

Cemburu motif pembunuhan

SUNGAI PETANI: Pembunuhan seorang lelaki dalam bilik di sebuah hotel di sini minggu lalu dipercayai berpunca daripada perasan cemburu terhadap mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad berkata, setakat ini siasatan mendapati motif pembunuhan dipercayai akibat cemburu kerana mangsa mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang merupakan teman wanita kepada salah seorang suspek yang ditahan kelmarin.

Beliau berkata wanita itu yang turut menjadi salah seorang suspek ditahan bersama dua lelaki di Pulau Pinang dalam dua serbuan yang dilakukan oleh polis Kedah.

“Hasil siasatan membawa sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah membuat tiga tangkapan ke atas dua suspek lelaki dan seorang wanita di dua tempat berasingan di Pulau Pinang.

“Kesemua suspek warga tempatan itu berusia antara 28 hingga 32 tahun. Dua daripadanya tidak mempunyai pekerjaan dan seorang lagi bekerja sebagai pengawal keselamatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda semalam.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali.

Mereka kini direman selama seminggu bagi membantu siasatan kes pembunuhan yang berlaku pada 20 September lalu, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selain tangkapan, polis memeriksa kereta milik salah seorang suspek dan menemui sepucuk pistol jenis Beretta dan enam peluru di dalam magazin dan satu di dalam laras serta sebilah pedang samurai bersarung.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan milik suspek jenis Peugeot 308 berwarna putih mendapati ia dicuri di Lembah Klang.

“Dengan tangkapan ketiga-tiga suspek ini, polis berjaya menyelesaikan kes pembunuhan di hotel berkenaan,” katanya.

Mohd Zakaria berkata, beberapa telefon bimbit turut ditemui daripada semua suspek berkenaan selain kad pengenalan dan pasport milik individu lain.

Terdahulu, Sinar Harian pada 21 dan 22 September lalu melaporkan mengenai kes bunuh membabitkan seorang kontraktor, Mohd Nasir Isahak, 35, yang ditemui mati di sebuah bilik hotel di Taman Sejati dengan tangan dan kaki diikat serta kesan berlumuran darah di kepala./sinarharian

Enggan jadi gengster, remaja ditetak

BERCHAM: Seorang remaja hampir putus jari akibat ditetak sekumpulan samseng yang bertindak menyerangnya selepas berang kerana mangsa menolak pelawaan menjadi gengster bersama kumpulan itu.

Dalam kejadian jam 12 malam berkenaan, K Sasi Kumar, 19, sedang bekerja di kedai barangan lusuh milik bapa saudaranya, C Ramachandran, 43, ketika didatangi anggota samseng terbabit.

“Seperti biasa, saya melakukan kerja harian dan tiba-tiba kumpulan samseng yang menaiki kereta Perodua Viva itu menyerang pakcik saya yang bersiap-siap untuk menutup kedai.

“Pakcik saya ditumbuk di muka kemudian mereka yang bersenjatakan parang terus menyerang saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam.

Menurutnya, dia berasa begitu ngeri apabila teringat arahan ‘potong dia! potong dia’ yang disebut oleh seorang anggota samseng wanita ketika itu dan kata-kata tersebut masih masih terngiang-ngiang di telinganya sehingga sekarang.

Sasi Kumar berkata, sebelum ini kumpulan itu pernah mempelawanya untuk menyertai kumpulan mereka beberapa kali tetapi dia menolak kerana sedar kegiatan itu tidak memberi faedah kepada masa depannya.

“Malangnya, saya diperlakukan sebegini kerana ingkar permintaan kumpu-lan terbabit,” katanya yang hampir kehilangan tiga jari kanan akibat ditetak sepasang suami isteri serta rakan mereka, dipercayai anggota kumpulan samseng di Kawasan Perindustrian Pinggir Bercham di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Superintendan Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat motif sebenar kejadian dan menjejaki suspek yang terbabit dalam kes berkenaan./sinarharian

Selasa, 27 September 2011

Curi duit bapa tiri untuk joli


KUALA TERENGGANU: Walaupun menyedari bapa tirinya hanya bekerja sebagai nelayan dan tidak memiliki banyak wang, namun seorang gadis masih sanggup mencuri duit milik bapa tirinya semata-mata untuk ‘berjoli’ dengan teman lelaki.

Bagaimanapun, tindakan gadis itu terbalas setelah dijatuhi hukuman tiga bulan penjara selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di Mahkamah Majistret, di sini, semalam

Tertuduh, Fieda Azwa Anual, 19, dari Kampung Duyong Besar, Kuala Terengganu mengaku bersalah mencuri wang tunai sejumlah RM1,900 milik bapa tirinya, Marzuki Rani, 50, pada 24 September lalu kira-kira jam 11 malam di rumahnya di Kampung Duyong Besar, Kuala Terengganu.

Mengikut fakta kes, bapa tirinya hanya menyedari wang tunai RM1,900 yang disimpan di dalam rumah berkenaan hilang pada 21 September lalu kira-kira jam 11 malam, namun pada awalnya tidak mengesyaki apa-apa.

Keesokan harinya iaitu 22 September, kira-kira jam 12.30 tengah hari, bapa tiri bersama ibu tertuduh telah keluar dari rumah dan pulang semula ke rumah kira-kira jam 1.30 petang dan mendapati tiga anaknya iaitu adik tiri tertuduh yang masih kecil ditinggalkan di rumah sepupunya.

Sepupunya memberitahu yang tertuduh telah lari dari rumah dan bapa tirinya mengesyaki tertuduh yang mencuri wangnya sejumlah RM1,900 itu

Pada 24 September lalu, kira-kira jam 8 pagi, bapa tiri tertuduh bersama anggota polis telah membuat serbuan di tingkat tiga Hotel Terengganu, dan mendapati tertuduh ada bersama dengan seorang lelaki tidak dikenali, dipercayai teman lelakinya.

Setelah disiasat, didapati tertuduh telah menyewa hotel berkenaan dari 22 September hingga 23 September lalu dan apabila disoal siasat, dia mengakui telah mencuri wang tunai milik bapa tirinya itu

Dengan itu, Fieda Azwa didapati telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua atau kemudiannya hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Anak Dustan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela./sinarharian

Ugut sembelih jika pecah rahsia rogol

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki bukan sahaja melakukan jenayah rogol terhadap remaja lembam, malah turut mengugut mahu menyembelihnya jika mangsa membocorkan kejadian itu.

Bapa kepada lima anak itu sanggup menjadikan anak birasnya yang juga seorang remaja orang kurang upaya (OKU) kategori lembam sebagai ‘alat’ pemuas nafsu dengan merogol mangsa dalam satu kejadian pada 21 Ogos lalu.

Bagaimanapun, dia akhirnya menerima pembalasan setelah dijatuhi hukuman penjara selama 14 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Tertuduh, 33, dari Felda Bukit Bading, Ajil, Hulu Terengganu mengaku bersalah mengikut Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan melakukan kesalahan itu terhadap mangsa, 13 tahun satu bulan pada 21 Ogos lalu kira-kira jam 4 petang di bangsal kebun limau, Kampung Peroh, Ajil, Hulu Terengganu.

Dengan itu, tertuduh didapati telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa raya Masriwani Mahmud di hadapan hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mengikut fakta kes, pada 24 Ogos lalu kira-kira jam 5.30 petang, ibu mangsa yang ketika itu berada di rumah di Jalan Pasir Akar, Kampung Gong Duek, Jertih, Besut telah menerima panggilan telefon daripada adik perempuannya memberitahu anaknya disyaki dirogol.

Ini sebab, mangsa dilihat sentiasa memegang kemaluannya dan sering mengadu sakit di bahagian itu, tetapi apabila ditanya, mangsa enggan menceritakan hal sebenar dan hanya mendiamkan diri.

Selain itu, adiknya turut mengesyaki mangsa dirogol selepas mendapati kemaluan mangsa mengalami bengkak dan merah ketika mandi bersamanya.

Lalu, bimbang perkara buruk mungkin berlaku terhadap anak saudaranya itu, kakaknya disuruh segera pulang ke rumah mereka di Felda Jerangau Barat, Ajil untuk menyoal mangsa sendiri.

Keesokan harinya iaitu 25 Ogos lalu kira-kira jam 8 malam, ibu mangsa telah pulang dan terus menyoal mangsa. Setelah dipujuk, mangsa memberitahu dia telah dirogol oleh tertuduh, iaitu adik ipar bekas suaminya di bangsal kebun limau di kampung Peroh, Ajil, Hulu Terengganu selepas membawa dia bersiar-siar.

Bukan itu sahaja, selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, tertuduh turut mengugut akan menyembelih mangsa jika memberitahu perkara itu kepada orang lain./sinarharian

Mati dibunuh kerana tuntut hutang

SEDIH...Fadilah  (kiri) dalam keadaan sedih sambil mendukung anak bongsu. Gambar kecil, Omar.
SEDIH...Fadilah (kiri) dalam keadaan sedih sambil mendukung anak bongsu. Gambar kecil, Omar.
PENAMPANG: Hanya kerana diminta menjelaskan hutang RM300, seorang lelaki ‘naik hantu’ apabila sanggup menetak seorang mandur sehingga lehernya hampir putus dan isi perutnya terburai dalam pergaduhan di sebuah rumah kongsi di Jalan Tulangis, di sini, kelmarin.

Bukan itu saja, hampir seluruh tubuh mangsa, Omar Daud, 26, turut dicincang dengan lebih 10 kesan tetakan menggunakan parang yang turut menyebabkan beberapa jari tangan hilang dalam kejadian kira-kira jam 7 malam. Isterinya, Fadilah Jali, 23, yang terdengar jeritan suaminya di luar rumah segera bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa berlumuran darah serta tertiarap tidak sedarkan diri.

Fadilah berkata, dia juga sempat melihat dua lelaki dipercayai adik-beradik lingkungan 20-an memegang parang dipenuhi darah berada di sisi suaminya.

Fadilah kemudian menjerit memanggil adik saudaranya, Hazri Sabri, 18, bagi membantu suami, tetapi tidak berjaya apabila seorang daripada lelaki berparang terbabit mengejar menyebabkan mereka memasuki dan mengunci diri dari dalam rumah sebelum dua lelaki terbabit melarikan diri. Menurut Fadilah, sebelum kejadian dia bersama empat anaknya berada di dalam rumah sebelum meluru ke luar selepas mendengar jeritan suaminya.

“Saya melihat dua lelaki sedang memegang parang berdiri di sebelah tubuh suami yang berlumuran darah sebelum cuba meminta bantuan adik saudara yang kemudian bergegas cuba memberikan bantuan.

“Bagaimanapun, seorang suspek mengejar adik saudara saya dengan parang, menyebabkan dia melarikan diri dan masuk ke dalam rumah, manakala saya turut mengunci dari dalam bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya ditemui di tempat Harian Metro di tempat kejadian, semalam.

Fadilah berkata, dia mengetahui seorang daripada suspek meminjam RM300 daripada suami selepas kalah berjudi, tetapi terus kalah dalam kegiatan itu menyebabkan suaminya cuba meminta suspek membayar semula wang dipinjam. Menurutnya, tindakan suaminya menyebabkan suspek berang sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka sehingga menyebabkan suaminya ditetak hingga maut.

“Malah, rakan suami yang turut dalam pergaduhan itu turut ditetak, namun dia berjaya lari menyelamatkan diri,” katanya.

Fadilah berkata, sebaik menyedari lelaki terbabit melarikan diri, dia memaklumkan kejadian itu kepada keluarga sebelum menghubungi polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh ketika dihubungi memberitahu siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan suspek berang kerana mangsa memintanya memulangkan wang RM300 yang dipinjam.

“Suspek menetak mangsa dan seorang rakan mangsa cuba membantu selepas melihat kejadian itu turut ditetak sebelum terpaksa melarikan diri, manakala kedua-dua suspek yang turut cedera meninggalkan tempat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, polis sudah menggerakkan operasi termasuk menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bagi memburu kedua-dua suspek yang dipercayai turut cedera.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, kerana membunuh,” katanya./hmetro

Ragut Rantai Leher: Teman Lelaki Ditahan

KUANTAN: Seorang lelaki ditahan selepas teman wanitanya membuat laporan polis berhubung tindakannya meragut rantai leher dan mencuri pemain cakera video digital (dvd) wanita berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Nordin Mustapha berkata mangsa, 43, hanya membuat laporan polis semalam selepas dua minggu merayu teman lelakinya itu memulangkan semula rantai leher dan pemain dvd berkenaan.

"Kejadian ragut itu berlaku pada 11 September lepas apabila teman lelakinya itu datang ke rumah mangsa kira-kira 7.30 pagi sebelum bertindak meragut rantai mangsa dan melarikan pemain dvd milik wanita berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata berikutan laporan itu, polis berjaya menahan suspek, 30, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, di rumah suspek di Batu 3, Jalan Gambang pada Ahad.

"Siasatan awal mendapati rantai leher milik mangsa telah dijual suspek bagaimanapun pemain dvd itu masih disimpannya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya.

Jumlah kerugian mangsa yang bekerja sebagai pencuci pejabat itu dianggarkan bernilai RM3,000./Bernama

Lelaki ditemui dengan kesan tembakan di perut

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui dengan kesan tembakan di perut di kawasan perindustrian Bukit Angkat, Sungai Chua, Kajang dekat sini malam semalam.

Ketua Polis Dearah Kajang ACP, Abdul Rashid Abdul Wahab berkata mangsa berumur 23 tahun itu ditemui terbaring oleh orang awam di hadapan sebuah premis perniagaan dengan keadaan perutnya berlumuran darah.

"Saksi (orang awam) bergegas ke lokasi kejadian sejurus terdengar bunyi seperti letupan dan menemui mangsa dalam keadaan terbaring dan perutnya berlumuran darah sebelum bertindak menghubungi polis kira-kira 9 malam,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sebelum kejadian, mangsa dipercayai didatangi seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Beliau berkata, lelaki itu dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.

"Buat masa ini mangsa dalam keadaan kritikal akibat ditembak dan pemeriksaan awal mendapati satu das tembakan telah dilepaskan ke arahnya.

Tiada senjata ditemui di tempat kejadian dan polis masih mengumpul keterangan dari saksi selain menyiasat motif kejadian,” katanya./Bernama

Isnin, 26 September 2011

Wanita kejar, tendang motosikal peragut

JOHOR BAHRU: Seorang wanita bertindak nekad mengejar dan menendang motosikal seorang lelaki yang meragut beg tangan miliknya di Jalan Maju, Taman Pelangi, di sini hari ini.

Dalam kejadian 4.15 petang itu, Cindy Tan, 52, yang bekerja sebagai jurujual sedang dalam perjalanan ke sebuah kedai percetakan untuk menempah kad perniagaan dengan menaiki skuter Yamaha Ego.

Dia dihampiri sebuah motosikal Kawasaki KR-150 dari arah belakang sebelum peragut berkenaan bertindak meragut beg tangan yang diletakkan di tempat letak kaki skuternya.

"Saya terus kejar lelaki itu dan langgar motosikal dia dari belakang, menyebabkan kami berdua jatuh.

"Lepas itu saya terus bangun dan ambil beg tangan saya lalu lari ke dalam restoran untuk mendapatkan bantuan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Lelaki tersebut tidak dapat melarikan diri kerana kakinya dihempap motosikal dan orang ramai yang melihat kejadian itu segera menangkap dan menyerahkannya kepada anggota polis peronda.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata semakan awal mendapati saspek tiada rekod kesalahan lampau.

Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun dan mendatangkan kecederaan./Bernama

Warga Bangladesh dituduh cabul pelajar

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan mencabul seorang pelajar wanita kolej swasta, enam hari lepas.

Pekerja pasar raya, Md Kamruzaman Chansarif, 28, didakwa mencabul kehormatan dengan memeluk dan mencium pipi pelajar berusia 19 tahun itu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan lif Tingkat 5, Kolej Segi, No. 33-35, Jalan Hang Lekiu, Dang Wangi di sini kira-kira 12.30 tengah hari, 20 September lepas.

Md Kamruzaman yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh tidak memohon kepada mahkamah untuk diikat jamin atas alasan tiada penjamin.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin menetapkan 31 Oktober untuk sebutan kes dan bagi membolehkan tertuduh melantik peguam./Bernama

Murid tahun 4 ketua penyamun

BETONG: Seorang murid tahun empat dipercayai menjadi ketua satu geng pecah rumah dianggotai enam remaja yang memecah masuk rumah sepasang suami isteri dan melarikan pelbagai barangan kemas bernilai RM5,000.

Budak lelaki itu dan lima rakannya yang berusia antara 12 hingga 14 tahun melakukan kegiatan itu di rumah mangsa di kompleks kediaman kakitangan kerajaan di sini, 17 Oktober lalu, sebelum mereka ditahan polis pada Jumaat dan kelmarin.

Pemilik rumah berkenaan yang berusia 34 tahun membuat laporan polis sebaik menyedari kejadian itu selepas dia dan isterinya pulang bercuti dari Kanowit, kira-kira jam 8 malam Jumaat lalu.

Polis menahan seorang anggota kumpulan terbabit berusia 13 tahun di rumahnya beberapa jam selepas mangsa membuat laporan sebelum lima yang lain ditahan bersama pelbagai barangan kemas keesokannya.

Sumber polis berkata, semua suspek kejadian pecah rumah itu mudah diselesaikan apabila mereka dikesan memakai minyak wangi yang mempunyai bau sama dipercayai yang dicuri dari rumah mangsa. “Kumpulan penyamun cilik itu dipercayai sempat ‘berkelah’ di rumah pasangan terbabit sambil menjamu selera bijirin dan coklat sebelum mencuri pelbagai barangan kemas dan barang berharga,” katanya.

Menurutnya, sebaik mangsa pulang dari bercuti, mereka terkejut apabila mendapati dapur rumah berselerak dengan bijirin serta coklat sebelum melakukan pemeriksaan.

“Pasangan terbabit kemudian memeriksa bahagian atas dan mendapati laci almari terbuka, manakala barang kemas serta barangan berharga lain hilang sebelum mangsa membuat laporan polis, kira-kira jam 7.30 malam.

“Susulan laporan itu, polis menggerakkan operasi bagi memburu anggota kumpulan terbabit dan berjaya menahan seorang suspek berusia 13 tahun di rumahnya beberapa jam kemudian dan lima lagi rakannya pada keesokan hari,” katanya.

Sumber itu berkata, berikutan penahanan itu, polis menemui semula barangan berharga seperti rantai, gelang, cincin dan subang dicuri suspek.

“Kita turut mendapat maklumat mengenai gerak-geri kumpulan terbabit melalui penduduk yang kebetulan terserempak kelibat mereka di sekitar rumah berkenaan pada hari kejadian,” katanya.

Menurutnya, semua suspek direman empat hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 457, Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan ibu bapa remaja terbabit sudah dimaklumkan mengenai penahanan anak mereka./hmetro

Remaja lelaki maut ditetak

IPOH: Seorang remaja maut selepas ditetak sekumpulan lelaki di kawasan perusahaan Menglembu di sini malam tadi, menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim.

Beliau berkata, mangsa K. Pirathibaraj, 19, berasal dari Taman Buntung di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Katanya, kejadian berlaku pada pukul 8 malam tadi apabila mangsa yang menunggang motosikal dikejar oleh sekumpulan lapan lelaki yang menaiki empat buah motosikal berhampiran simpang empat lampu isyarat Falim, Menglembu.

Mangsa kemudian dikepung dan kumpulan lelaki itu menyerang dengan menetak di kepala dan badan dengan parang, katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kumpulan itu kemudian melarikan diri selepas mangsa terbaring di atas jalan manakala polis yang menjalankan siasatan ke tempat kejadian menemui dua bilah parang yang dipercayai digunakan oleh kumpulan berkenaan.

Motif kejadian belum diketahui dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya sambil menambah bahawa siasatan juga mendapati mangsa tidak mempunyai kes jenayah sebelum ini.

Polis melancarkan gerakan memburu kumpulan berkenaan dan meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di nombor telefon 05-2451500 untuk membantu siasatan, katanya./Bernama

Ahad, 25 September 2011

Bangga jadi ‘call girl’: semua lelaki saya sapu

Dari kiri -  Aiza, Lily, Shila
Dari kiri - Aiza, Lily, Shila
TERLUPA batasan agama untuk menjadi panduan hidup, tiga beradik yang mulanya ke pusat hiburan untuk berhibur dan mempunyai kekasih sebagai pengubat sunyi akhirnya hanyut dek godaan syaitan hingga ada yang sanggup menjual tubuh.

Disebabkan limpahan wang yang mampu diraih dengan mudah juga membuat ada antara tiga beradik liar dari Georgetown, Pulau Pinang itu rela menjadi “call girl” bagi dengan melayan lelaki kaya, kacak dan berkereta mewah hingga ke ranjang.

Wartawan Metro Ahad, Zuhainy Zulkifli berkesempatan bertemu dengan tiga beradik ini untuk mendengar sendiri pengalaman dan luahan rasa mereka.
AIZA (bukan nama sebenar), 26, anak ketiga dari lima beradik:

“Hidup saya mula menjurus ke arah perbuatan seks bebas bermula sejak usia 17 tahun selepas berkenalan dengan Saiful yang ketika itu berusia 18 tahun dari Alor Setar, Kedah.

Ketika itu saya bukan saja bangga menjadi teman wanita kepadanya disebabkan dia dikenali ramai di tempatnya tetapi Saiful yang selalu memberi wang dan membelikan pakaian berjenama menyebabkan saya mula gelap mata dan rela mengorbankan dara kepadanya.

Saya masih ingat semasa kami menyambut satu perayaan dan selepas melihat persembahan bunga api, Saiful mengadu tidak boleh memandu kereta kerana mengantuk dan memujuk saya supaya menginap di sebuah hotel tiga bintang.

Saya masih mentah ketika itu hanya menurut saja katanya, malah dia berkata akan menyewa dua bilik berasingan tetapi apabila tiba di hotel, dia beritahu semua bilik sudah penuh dan hanya ada satu bilik saja.

Pada malam itu jugalah mahkota diri saya diragut Saiful, malah kami beberapa kali terlanjur.

Bermula hari itu, kami sering melakukan perbuatan terkutuk itu, malah pernah beberapa kali melakukan seks dalam kereta berhampiran sebuah stadium di Alor Setar.

Saiful anak orang kaya kerana bapanya seorang ahli perniagaan terkenal. Setiap hari Sabtu, kami akan bertemu dan setiap kali kami berjumpa sekurang-kurang RM200 pasti masuk kocek.

Jumlah itu bagi saya yang hanya seorang pelajar tingkatan lima adalah cukup besar dan sebab itu saya tidak kisah untuk membiarkan dia meratah tubuh saya.

Setahun selepas berkenalan dengan Saiful, hubungan kami putus selepas dia melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan di sebuah kolej swasta apabila dipaksa bapanya.

Saya yang seperti ketagih hubungan seks kemudiannya bertaut kasih pula kepada seorang pemain muzik berkumpulan yang terkenal, Azlan.

Hubungan saya dan Azlan hanya sekadar untuk melempiaskan keinginan seks masing-masing dan bukan kerana cinta.

Azlan juga seorang yang agak kaya, kacak dan digilai ramai gadis ketika itu membuatkan saya bangga diusung ke sana ke mari ketika dia melakukan persembahan jelajah negeri.

Saya berpisah dengan Azlan dua tahun kemudian dan selepas itu saya mula memburu lelaki kaya dan hidung belang tanpa mengira usia, namun tidak bagi lelaki biasa dan tidak berduit.

Ibu dan ayah tidak pernah bertegas dengan saya dan mereka hanya memberi teguran dan nasihat supaya meninggalkan kehidupan penuh dosa itu.

Pada usia remaja, saya tidak perlu bekerja seperti rakan yang lain, telefon saja lelaki yang saya kenal, mereka akan memberi saya wang dengan hanya perlu melayan nafsu dan tuntutan batin mereka saja.

Pada suatu hari, saya mendapat panggilan telefon daripada beberapa rakan yang mendakwa video seks mirip wajah saya tersebar di internet.

Saya tidak tahu siapa yang menyebarkannya kerana saya sudah tidur dengan beberapa lelaki dan akhirnya saya mengambil keputusan menetap bersama kakak sulung saya yang tinggal bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Cheras, Kuala Lumpur.

Ibarat lari dari mulut buaya, masuk ke mulut naga, saya sedari sikap kakak dengan saya sama saja. Sebut sahaja nama kelab malam, semuanya kami tahu dan kakak yang bekerja di sebuah butik pakaian juga memperkenalkan rakannya kepada saya, malah ramai juga yang sudah 'cuba' saya.

Dua bulan kemudian, saya bekerja di sebuah butik kecantikan sebagai mengisi masa lapang pada waktu siang. Dengan wang gaji, saya membeli sebuah kereta supaya nampak mewah bagi mengaburi mata lelaki.

Jika lelaki itu kaya, tinggi jugalah habuan yang akan saya dapat asalkan melayan mereka sebaiknya.

Kadang kala, terbit juga penyesalan di hati saya mengenai tahap pendidikan, pekerjaan dan seluruh kehidupan saya.

Ada rakan yang saya jumpa sudah bertudung dan mengenal tikar sembahyang sedangkan saya, membaca surah al-Fatihah pun sudah lupa.

Kakak kedua saya sering menghubungi saya dan kakak dengan menasihatkan kami supaya pulang ke pangkal jalan tetapi semua itu saya balas dengan gelak tawa.

Kini, saya tidak pasti berapa lama lagi kami adik-beradik akan terus berada dalam keadaan tersesat begini, adakah Tuhan akan mengampunkan dosa kami yang sudah jauh tersesat ini.”

LILY (bukan nama sebenar), 29 tahun dan anak sulung dari lima beradik:

“Kehidupan saya dan Aiza tidak banyak bezanya tetapi saya jadi begini kerana seorang lelaki. Saya akui bahawa saya lebih pandai bersosial daripada Aiza kerana semua lelaki saya sapu.

Minuman keras pula sentiasa di tangan, pendek kata mahu sarapan pun dengan air kencing syaitan itu.

Saya pernah belajar di sebuah universiti tempatan di pinggir Kuala Lumpur selepas tamat tingkatan enam tetapi diberhentikan pada semester ketiga selepas pelajaran saya merosot.

Semua itu terjadi selepas kejutan budaya yang dialami menyebabkan saya berhibur setiap malam bersama rakan.

Saya tidak mahu pulang ke kampung kerana kehidupan di kota lebih seronok, malah saya langsung tidak menjenguk keluarga dan hanya menelefon mereka sebulan sekali.

Saya berkenalan dengan Rizal yang berusia 26 tahun ketika itu, bekerja sebagai penjual kereta. Kehidupan saya mewah kerana dia juga membela saya ketika baru berusia 21 tahun di rumah yang saya tinggal sekarang di Cheras.

Dia mengajar saya merokok, meneguk arak, malah dia sering berkunjung ke rumah sewa saya bagi memadu kasih.

Rizal yang sudah mempunyai tunang ketika itu tetapi dia bijak menyembunyikan hubungannya dengan saya.

Pada hujung minggu, Rizal akan ke Johor Bahru berjumpa tunangnya dan pada ketika itulah saya mengambil peluang memberi layanan istimewa kepada beberapa rakan lelaki lain yang sanggup memberi wang.

Dua tahun kemudian, kira-kira tiga bulan sebelum Rizal berkahwin, kami ditangkap basah. Saya pulang ke Pulau Pinang pada malam itu juga bersama Rizal selepas diikat jamin.

Ayah dan ibu hanya diam membisu, malah bersetuju saja dengan keputusan kami yang mahu segera berkahwin.

Rizal pula berdepan dengan masalah apabila keluarga tunangnya minta ikatan diputuskan. Sebulan kemudian kami berkahwin tanpa restu keluarga Rizal.

Mungkin perkahwinan yang tidak diberkati, kami bercerai enam bulan kemudian. Dengan gelaran janda pada usia 24 tahun, saya kembali liar dan berpeleseran di kelab malam.

Kegiatan saya lebih rancak selepas Aiza tinggal di rumah saya, malah bekas suami juga sering berkunjung ke rumah bagi menghilangkan rindu sedangkan saya sendiri sudah tidak mempunyai perasaan terhadapnya.

Rizal tetap membayar sewa rumah dan memberi wang perbelanjaan menyebabkan saya sendiri tidak kisah dengan perbuatan itu.

Namun, tidak pernah pula Rizal mencuba Aiza serta menyayangi Aiza seperti adiknya malah dia sering membawa kami pergi bercuti.

Dengan hidup yang bergelumang dosa, adik keempat saya juga sering berkunjung ke rumah saya kerana menyambung pelajaran di universiti tempatan di Shah Alam.
Setiap hujung minggu, dia akan datang ke rumah saya bagi menikmati kehidupan sosial seperti kami. Shila tidak berminat melakukan hubungan seks berbayar tetapi dia lebih cenderung secara ringan-ringan.

Saya terfikir, adakah dosa saya ini diwariskan kepada dua adik saya dan apakah ibu bapa masih mahu menerima kami selepas mereka tahu kegiatan kami? Saya dan Aiza tidak berani menjejak kaki ke rumah di kampung dan pulang hanya pada Aidilfitri.

Selepas memohon ampun dan maaf, kami terus pulang ke ibu kota. Panas rasanya berada di kampung.”

SHILA (bukan nama sebenar), 24 tahun dan keempat daripada lima beradik:

“Antara lima beradik, saya paling bijak dalam pelajaran malah tidak pernah mengabaikannya. Begitu juga ketika menuntut di universiti, saya hanya bersosial setiap hujung minggu dan turut menerima wang tambahan dari kedua kakak saya bagi membeli keperluan belajar.

Ketika pertama kali pergi ke rumah kakak keempat saya itu, agak terkejut apabila terdapat tiga lelaki ada dalam rumahnya termasuk bekas abang ipar yang sedang berbaring di bilik tidurnya.

Saya tanya kepada Lily, tetapi dia hanya tersenyum dan mendakwa itu adalah perkara biasa jika menetap di Kuala Lumpur.

Pada malam itu, saya dibawa ke sebuah pusat hiburan dan agak kekok dengan suasana baru.

Namun sedikit pun saya tidak berminat menyentuh minuman beralkohol yang dipesan Lily malah beberapa lelaki menawarkan RM400 bagi mencuba saya tetapi saya tolak dengan baik.

Tetapi selepas itu, saya semakin seronok apabila diraba rakan Lily dan Aiza. Akhirnya saya tewas dan terjebak dengan aksi ringan-ringan.

Mereka membayar saya RM300 sebagai duit poket dan jumlah akan ditambah jika saya ikut mereka balik ke rumah tetapi saya masih sayangkan dara saya dan tidak mungkin akan menyerahkannya kepada sesiapa sebelum berkahwin.

Namun, bagi saya wang bukanlah segalanya. Saya berkenalan pula dengan Shafiq yang berusia 27 tahun dan dia seorang pemain gitar di sebuah kelab.

Shafiq seorang yang baik, jauh sekali meminta tubuh saya dan saya senang ketika bersamanya. Saya tidak pasti berapa lama hubungan kami dapat bertahan kerana saya mula mengharapkan Shafiq dapat membawa saya keluar dari keseronokan hidup ini.

Hiburan yang kami nikmati saban malam, kadang kala membosankan. Kini saya mula rasa bersalah kepada keluarga.

Pernah saya menangis apabila teringat wajah ibu yang menyediakan sarapan semasa saya hendak pulang ke kampus dan wajah ayah yang sudah tua dengan topi lusuhnya mengusung beg ke kereta buruknya.

Ibu hanya suri rumah, ayah pula seorang pesawah, siapa pula yang mahu menemani mereka di hari tua.

Jika dulu, saya jarang pulang ke kampung kerana terpengaruh dengan rentak hidup Lily dan Aiza, kini Shafiq akan menemani saya sebulan sekali pulang ke kampung bagi menjenguk keluarga.

Kini saya bekerja di sebuah jabatan kerajaan sebagai penolong pembantu tadbir. Gaya hidup saya kini lebih kepada melepak di kedai makan bersama teman tetapi tabiat merokok saya masih sukar dibuang.

Hubungan saya dengan Lily dan Aiza tidak pernah renggang, saya juga sering mengikut mereka bercuti di beberapa pusat peranginan dalam negeri./hmetro

Curi duit bakal mertua

KUANTAN: Seorang penganggur menerima padah selepas dijatuhkan hukuman penjara 180 bulan dan 31 sebatan oleh dua Mahkamah Majistret berasingan, di sini, kelmarin. 

Tertuduh, Syed Mohd Badli Shah Syed Hamzah, 31, dari Kampung Sungai Karang Pantai menghadapi 10 pertuduhan iaitu mencuri kad mesin juruwang automatik (ATM) milik bakal ibu mentuanya dan membuat pengeluaran keseluruhan, RM12,0000. 

Di Mahkamah Majistret Khas Trafik, tertuduh didakwa atas tiga pertuduhan dengan curang menggunakan kad ATM Maybank milik Ramlah Ali, 55, dari Bandar Indera Mahkota, untuk kegunaan sendiri tanpa mendapat kebenaran dan membuat tiga pengeluaran berturut-turut berjumlah RM4,000 di premis bank itu di Jalan Beserah, di sini, kira-kira jam 5.22 petang pada 31 Julai lalu. 

Lelaki itu mengaku bersalah di depan Majistret Rini Triany Muhamad Ali sebelum dikenakan hukuman penjara 15 bulan dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan. 

Manakala di Mahkamah Majistret 1 pula, dia dituduh melakukan tujuh kesalahan sama dengan membuat pengeluaran kesemuanya berjumlah RM8,000 pada 30 Julai hingga 2 Ogos lalu di premis Maybank berasingan di sekitar pusat bandar. 

Tertuduh mengaku bersalah bagi setiap dakwaan terbabit di depan Majistret Nordiana Abdul Aziz yang kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan dan empat sebatan bagi pertuduhan pertama. 

Manakala bagi pertuduhan kedua sehingga ke-7, Nordiana menjatuhkan hukuman penjara 20 bulan dan empat sebatan bagi setiap pertuduhan. 

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Abdul Halim Hamad, mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun dan sebatan serta denda./sinarharian

Tiru aksi seks cabul sepupu

HULU SELANGOR: Seorang remaja berusia 13 tahun tidak dapat menahan perasaan untuk meniru aksi adegan ranjang lalu bertindak luar batasan dengan mencabul kemaluan sepupunya, berusia empat tahun. 

Dia mengambil kesempatan melakukan perbuatan itu ketika bermain bersama mangsa, kira-kira jam 12 tengah hari, di rumah kanak-kanak itu. 

Menurut sumber, remaja lelaki itu bertindak demikian akibat terpengaruh dan mahu meniru aksi berasmara yang dilihatnya. 

“Suspek dikatakan menyuruh kanak-kanak itu membuka pakaian lalu melakukan aksi tidak senonoh itu. 

“Ibu mangsa kemudian syak sesuatu yang tidak kena, kerana anaknya menangis sambil mengadu sakit di bahagian kemaluan,” katanya. 

:Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan. 

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul./sinarharian

Jumaat, 23 September 2011

Budak 2 tahun diperkosa di rumah pengasuh

PETALING JAYA: Seorang budak perempuan berusia dua tahun yang baru dibawa pulang ibunya dari rumah pengasuh dipercayai dirogol selepas mengadu sakit pada kemaluannya di Kota Damansara, di sini, kelmarin.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, ibu mangsa yang baru pulang dari tempat kerja menjemput anaknya seperti biasa di rumah pengasuh terbabit.

Bagaimanapun, setibanya di rumah, kanak-kanak itu menangis dan mengadu sakit di kemaluan dan selepas diperiksa, terdapat luka dan bengkak di bahagian berkenaan.

“Ibu mangsa membawa anaknya itu ke pusat kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

“Wanita itu terperanjat apabila doktor mengesahkan terdapat kesan kecederaan pada kemaluan anaknya akibat tusukan objek keras,” katanya.

Menurutnya, ibu mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan awal mendapati semua penghuni di rumah pengasuh terbabit adalah wanita, namun tidak menolak kemungkinan suspek adalah orang dikenali mangsa./hmetro

Dibunuh sebab tolak ajakan seks

GAMBAR fail menunjukkan anggota polis menjalankan siasatan di tempat mayat Nurul Awatif dibakar di Jalan Bukit Belacan, Ampang Jaya pada 5 September lalu.

SHAH ALAM: Polis semalam mendedahkan pembunuhan seorang remaja perempuan yang mayatnya ditemui dengan kesan terbakar hampir 80 peratus di dalam semak berhampiran loji kumbahan di Jalan Bukit Belacan 5 September lalu berikutan keengganannya untuk melakukan hubungan seks.

Menurut polis, akibat penolakan tersebut, teman lelaki mangsa yang juga suspek dalam kes itu disyaki cuba memperkosa remaja berkenaan. Suspek merupakan seorang pelajar institut pengajian tinggi awam berusia 19 tahun dari Ukay Perdana, Ampang.

Pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan itu ditahan pada pukul 12 tengah hari, 12 September lalu di Seri Iskandar, Perak.

Ketika ditahan, polis merampas sebuah telefon bimbit milik mangsa dan sebuah kereta jenis Perodua Kancil milik keluarga suspek yang didapati mempunyai keterangan-keterangan fizikal seperti rambut yang diyakini ada hubung kait dengan kes bunuh itu.

Siasatan awal ketika itu mendapati, suspek membeli petrol di dua buah stesen minyak di kawasan Ampang Jaya untuk membakar mangsa.

Mangsa dikenali sebagai Nurul Awatif Syakir, 19. Dia merupakan pelajar Maahad Tahfiz Al-Tijarah, Selayang, Gombak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, siasatan pihaknya setakat ini mendapati suspek dikatakan mengambil tindakan drastik untuk membunuh mangsa selepas berang apabila permintaannya ditolak.

Katanya, polis juga telah mendapatkan laporan penuh bedah siasat ke atas mangsa tetapi enggan mendedahkannya sehingga siasatan selesai.

“Sehubungan itu, permohonan kita untuk melanjutkan tempoh reman ke atas suspek telah dibenarkan sehingga 27 September ini bagi membantu polis menjalankan siasatan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan, mayat seorang remaja perempuan ditemui berhampiran loji itu pada 5 September lalu dengan kesan terbakar hampir 80 peratus badannya pukul 1.35 petang.

Sebelum itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan mengatakan mangsa tidak pulang selepas keluar pada pukul 8.30 malam sehari sebelum itu dan pengecaman dibuat berdasarkan cebisan baju kurung serta sepasang anting-anting./kosmo

Kondom dalam beg sekolah anak

HULU SELANGOR: Luluh hati seorang ibu apabila menemui kondom dalam beg sekolah anak gadisnya yang berusia 15 tahun sebelum gadis itu membuat pengakuan ada melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya.

Difahamkan, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini terkedu dan menangis sebaik mendedahkan perkara itu kepada ibu bapanya.

Gadis terbabit yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjalin cinta dengan lelaki berusia 20 tahun dan dipujuk melakukan hubungan seks selepas beberapa bulan perkenalan.

Berikutan itu, ibu bapa mangsa membawa remaja terbabit membuat laporan di balai polis berhampiran selain dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan.

Menurut sumber, bertindak atas laporan dan keputusan pemeriksaan, polis menahan teman lelaki remaja itu di rumahnya di Ampang Pecah, di sini, semalam.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa keluar bersama teman lelakinya kelmarin sebelum dibawa pulang ke rumah lelaki terbabit.

“Kira-kira jam 6 pagi, mangsa diajak melakukan hubungan seks ketika keluarga teman lelakinya tiada di rumah.

“Selepas itu, teman lelaki mangsa menghantarnya pulang ke rumah kira-kira jam 2 petang tanpa diketahui keluarga mangsa,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang juga teman lelaki remaja itu ditahan di rumahnya dan direman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut dilakukan./hmetro