Jumaat, 2 September 2011

Polis kesan lelaki lempar bahan mudah terbakar di IPD Melaka Tengah


MELAKA - Seorang lelaki yang tidak dikenali melemparkan satu botol berisi bahan mudah terbakar di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman, berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira 10.05 malam namun suspek masih belum dikenal pasti. 

"Bahan mudah terbakar itu dilemparkan berhampiran sebuah kereta yang diparkir di perkarangan IPD," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Salehhudin berkata, tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan akibat kejadian tersebut.


Beliau berkata, siasatan masih dijalankan termasuk untuk mengenal pasti motif perbuatan lelaki tersebut. - Bernama/sinar harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan