Jumaat, 9 September 2011

Dirogol lelaki baru dikenali

BANDARAYA MELAKA: Seorang wanita bukan sahaja ditahan beberapa jam di dalam sebuah rumah, tetapi turut dirompak dan dirogol seorang lelaki baru dikenalinya.

Mangsa yang merupakan warga Indonesia berusia 38 tahun itu mendakwa, dia berkenalan dengan lelaki berkenaan di sebuah kedai kopi di Taman Malim Jaya, dekat sini, awal bulan ini.

Menurutnya, lelaki berkenaan mengajaknya ke sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya, di sini.

Bagaimanapun, katanya, dia dibawa ke sebuah rumah dan lelaki berkenaan memberi alasan menunggu kawannya sebelum ke pusat hiburan berkenaan.

Menurutnya, apabila ‘kawan’ lelaki berkenaan tidak muncul, mangsa telah mendesak supaya dibawa pulang.

“Bagaimanapun, lelaki itu terus mengeluarkan pisau dan memaksa saya membuka pakaian sebelum merogol saya. Dia kemudiannya mengikat saya pada sebuah kerusi sebelum menghilang diri untuk beberapa jam,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mangsa yang merayu kemudian dibebaskan selepas telefon bimbit dan wangnya diambil lelaki terbabit, sebelum membuat laporan di Balai Polis Malim, dekat sini.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye mengesahkan sudah menerima laporan wanita berkenaan.

Menurutnya, polis juga sudah mengenalpasti lelaki berkenaan dan dijangka akan ditahan tidak lama lagi./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan