Isnin, 31 Oktober 2011

Gadis sunti mangsa buli hilang

MUHD. ZUKI menunjukkan laporan polis manakala Siti Hajar memegang gambar Nur Ainina yang dilaporkan hilang selepas dihantar ke sekolah di Lunas baru-baru ini.
KULIM: Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas dihantar ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lunas dekat sini pada Isnin lalu dipercayai tidak tahan dibuli serta diejek rakan-rakan semata-mata kerana dia lembam dan ketinggalan dalam pelajaran.

Misteri kehilangan Nur Ainina Adila Muhd. Zuki, itu bermula selepas ibu saudaranya, Rosnah Ahmad menghantar gadis itu ke sekolah dengan motosikal untuk sesi persekolahan petang.

Rosnah bagaimanapun mulai resah apabila mendapati anak buahnya itu masih tidak muncul selepas sesi persekolahan tamat petang hari kejadian.

“Dia (Rosnah) menunggu Nur Ainina sehingga 30 minit tetapi anak saya itu masih tidak muncul dari dalam kawasan sekolah,” kata bapa pelajar itu, Muhd. Zuki Jahaya, 47, kepada pemberita di rumahnya di Kampung Perenggan, Lunas semalam.

Menurutnya, mereka diberitahu oleh beberapa kawan sekelas anaknya itu yang Nur Ainina sebenarnya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan./kosmo

Didakwa rogol adik ipar

KUANTAN: Seorang pemuda berdepan hukuman penjara sehingga 60 tahun dan 20 sebatan selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas dua tuduhan merogol adik iparnya yang masih di bawah umur dalam dua kejadian berasingan pada pertengahan April 2009 dan 10 Oktober lalu.

Tertuduh berusia 25 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap kedua-dua pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Amalina Zainal Mokhtar di hadapan Hakim Fathiyah Idris, semalam.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dibenarkan diikat jamin RM8,000 manakala 17 November depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan untuk tertuduh melantik peguam.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu buat pertama kali pada pertengahan April 2009 kira-kira jam 3 pagi di sebuah rumah di Taman Seri Inderapura dekat sini.

Ketika itu, mangsanya baru berusia 14 tahun 7 bulan dan dikategorikan sebagai gadis bawah umur.

Manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengulangi perbuatan itu pada gadis yang sama ketika itu sudah berusia 16 tahun 11 bulan di sebuah rumah dipercayai kediaman mereka di Taman Seri Inderapura.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira jam 9.30 pagi 10 Oktober lalu sebelum dia ditahan polis hari berikutnya.

Perbuatan yang dilakukan lelaki itu, bukan sahaja menyalahi undang-undang dan hukum agama malah menyimpang dari adat dan kebiasaan dimana tertuduh dan mangsa tidak dibolehkan untuk berkahwin.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan jika disabitkan kesalahan bagi setiap tuduhan dihadapinya./sinarharian

Sabtu, 29 Oktober 2011

Kerani wanita hilang selepas ke bank 17 hari lalu

Sungai Petani: Seorang kerani wanita sebuah syarikat di Sungai Lalang, Sungai Petani, hilang sejak 17 hari lalu selepas ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang atas arahan majikan, menyebabkan keluarganya kini dalam kebimbangan.

Nor Fazilah Rohani, 24, anak ketiga daripada empat beradik, dipercayai hilang pada 11 Oktober selepas diberi kepercayaan oleh majikannya untuk mengeluarkan wang berjumlah RM3,000 bagi membayar bil elektrik.

Bapanya, Rohani Abdullah, 56, berkata beliau mengetahui kehilangan itu pada petang hari kejadian setelah dimaklumkan majikan Nor Fazilah kerana anaknya tidak pulang semula ke pejabat.

"Fazilah baru tiga bulan bekerja di syarikat itu, dan pada hari kejadian, dia diberi kepercayaan menggunakan kenderaan syarikat bagi mengeluarkan wang berkenaan untuk melunaskan bil elektrik, sementara baki wang perlu dibawa pulang.

"Bagaimanapun, sehingga lewat petang, Fazilah masih tidak pulang ke pejabat menyebabkan majikannya terus datang ke rumah kami untuk memberitahu tentang kejadian tersebut," katanya kepada pemberita di rumahnya di Sungai Petani.

Anggota keluarga serta rakan mereka turut mencarinya di merata tempat, namun hanya menjumpai kereta syarikat yang digunakan Nor Fazilah di sebuah pasar raya berdekatan bank pada 3 pagi keesokannya.

Rohani berkata laporan polis mengenai kehilangan Nor Fazilah dibuat selain melakukan gerakan mencari dengan inisiatif sendiri.

"Kami turut mengedarkan gambar Fazilah di merata-rata tempat di seluruh Sungai Petani dan Bedong, sehingga pencariannya juga sudah sampai ke Pulau Pinang serta Bukit Kayu Hitam," katanya.

Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) anaknya itu dikatakan keluar dari bank berkenaan pada jam 3.35 petang selepas mengeluarkan wang dan membayar bil elektik pada jam 4.06 petang.

"Pada hari kejadian, Fazilah juga dikatakan telah menghubungi seorang abangnya pada 3.55 petang bagi memaklumkan tentang masalah kenderaan peribadi yang sedang dibaiki di Ipoh akibat terlibat dalam kemalangan September lalu," katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Rahmah Nayan, 50, berkata hubungannya dengan Nor Fazilah sangat rapat memandangkan dia merupakan anak tunggal perempuan dalam keluarga.

Beliau berkata sebelum kejadian, Nor Fazilah tidak pernah menunjukkan kelakuan pelik malah sentiasa ceria seperti biasa, dan hubungan dengan adik-beradik lain juga berjalan lancar.

"Andaian pihak tertentu yang kata kehilangan tersebut dirancang Fazilah sendiri adalah sesuatu yang tidak berasas, sebab dia tidak membawa wang simpanannya selain barang berharga miliknya juga tidak diusik," katanya.

Dia merayu kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang anaknya itu, atau mengambilnya, supaya menghantar Nor Fazilah pulang dengan segera ke Kampung Kongsi Enam, Sungai Lalang, 08100, Bedong atau menghubungi talian 012-5541142 atau polis./Bernama

Jumaat, 28 Oktober 2011

Gantung diri putus cinta

KULAIJAYA: Seorang remaja lelaki terkejut apabila bekas kekasih yang dihubungi semula selepas kurang dua jam memutuskan hubungan cinta mereka menggantung diri di kediamannya di sebuah tanah rancangan Felda di sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang berumur 14 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di bilik tidur kediaman keluarganya pada jam 12 tengah hari.

Sumber terdekat dengan keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, pada jam 10.30 pagi, remaja lelaki berkenaan ada menghubungi mangsa dan memutuskan perhubungan cinta mereka.

“Kurang dua jam kemudian, remaja lelaki itu menghubungi mangsa buat kali kedua untuk berbincang berkaitan beberapa hal peribadi tetapi terkejut apabila panggilannya dijawab oleh ahli keluarga mangsa yang memaklumkan gadis berkenaan sudah meninggal dunia.

“Remaja lelaki itu kemudiannya menceritakan apa yang berlaku antaranya dengan gadis berkenaan sebelum kejadian kepada keluarga mangsa, dia nyata kesal dengan perkara terbabit,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT).

Menurut sumber, mangsa pelajar tingkatan dua di sekolah sama dengan bekas teman lelaki yang menuntut di tingkatan empat dan kejadian hanya disedari adik gadis berkenaan yang curiga selepas panggilannya tidak bersahut.

Sumber berkata, adik mangsa mengintai melalui lubang kunci dan terkejut mendapati kakaknya terkulai dengan kain batik terjerut pada leher. Difahamkan, mangsa mungkin tertekan dengan perpisahan yang berlaku, dia kemudiannya dipercayai mengikat sehelai tuala pada lubang angin di dinding bilik.

Selepas itu, mangsa mengambil kain batik lantas diikat pada tuala berkenaan, kemudiannya, kain batik terbabit dijerut pada lehernya sebelum dia dikatakan terjun dari paras tinggi. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya, Mansor Othman dan pengetua sekolah mangsa turut hadir menziarahi jenazah mangsa, hadir sama Pengerusi Majlis Belia Felda Negeri Johor, Nanndzri Nasib. Nanndzri berkata, Ia ujian berat daripada Tuhan dan kita sebagai hamba perlu reda dengannya, kita akan membantu keluarga mangsa mengikut kesesuaian,” katanya.

Sementara itu, sumber polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas kerana kes masih dalam siasatan./hmetro

Penganggur tak mengaku perkosa kekasih

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap tuduhan merogol kekasihnya yang berumur 15 tahun, dua minggu lalu.

Mohd Saiful Ridzuan, 19, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.

Mengikut pertuduhan, Saiful didakwa merogol pelajar tingkatan tiga itu di stor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Awam dan Lalu Lintas, Sentul di sini pada jam 10 malam, 15 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farahah Mohd Suah tidak menawarkan sebarang jaminan dikenakan terhadap tertuduh./hmetro

DSP dituduh lakukan pemerasan RM40,000

Johor Bharu: Seorang anggota polis berpangkat timbalan penguasa (DSP) dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bharu hari ini atas dakwaan melakukan pemerasan dengan niat sehingga menyebabkan penyerahan wang tunai RM40,000 kepadanya.

Ravindran Kutty Krishnan, 39, DSP di Batalion 6, PGA Bakri Muar, Johor dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 14 Julai lalu jam lebih
kurang 8.30 malam di Restoran Chen Chen Siang, Simpang Jeram, Muar apabila telah melakukan pemerasan dengan niat menakutkan untuk mendatangkan kecederaan kepada Toh Chin Soon.

Tertuduh didakwa berbuat demikian sebagaimana pertuduhan iaitu dengan mengatakan:

”Jika Toh Chin Soon menjatuhkan air muka kamu, kamu boleh kasi ia mati sekiranya ia enggan bayar wang RM 40,000.00 kepada peguam bernama Tay Cheng Seng melalui kamu.”

Tindakan tersebut secara tidak jujur telah menyebabkan Toh Chin Soon menyerahkan sejumlah wang tunai RM 40,000.00 untuk memperdayakan Toh Chin Soon.

Tertuduh mengaku tidak bersalah pada pertuduhan yang dibacakan keatasnya dan hakim Madihah Hairullah menetapkan jumlah jaminan RM15,000.00 ke atas tertuduh serta pasportnya turut diserahkan kepada Mahkamah.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Heikal Ismail dan Pegawai Pendakwa, Saad Shukor./Mkini

Khamis, 27 Oktober 2011

Sorok bayi dalam plastik

KUALA LUMPUR: Kemusykilan seorang bapa terhadap anak gadisnya yang didapati berlumuran darah terjawab apabila remaja berkenaan rupa-rupanya telah melahirkan anak sebelum membungkus mayat bayinya itu di dalam plastik di Kampung Sungai Rasau, Sepang kelmarin.

Perkara itu terbongkar selepas bapa gadis berusia 14 tahun tersebut membawa remaja itu ke Hospital Putrajaya untuk dirawat sehari sebelum penemuan tersebut.

Difahamkan, gadis tersebut telah empat kali mengalami keguguran sebelum ini.

Sumber memberitahu, sebaik dirawat, doktor mengesahkan yang suspek telah melahirkan bayi yang tidak cukup bulan dan masih terdapat uri di dalam rahimnya.

Katanya, salah seorang ahli keluarga suspek kemudian terus memaklumkan kejadian itu kepada polis.

“Polis yang pergi ke rumah gadis tersebut pada pukul 6 petang semalam (kelmarin) telah menemui mayat bayi lelaki yang disorok di dalam salah sebuah bilik di rumah tersebut.

“Mayat bayi itu dibungkus dalam beg plastik kuning. Siasatan awal mendapati bayi itu telah mati sebaik dilahirkan,” katanya kepada Kosmo!.

Tambahnya, remaja tersebut tinggal di rumah itu bersama ibu bapanya yang merupakan peniaga kedai runcit.

Menurut sumber itu lagi, pihaknya percaya suspek melahirkan bayi itu kurang 24 jam sebelum mayat bayi malang itu ditemui. Keadaan suspek dilaporkan stabil di hospital tersebut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah mengesahkan kes tersebut./kosmo

Mekanik ditemui mati tergantung

TANAH MERAH : Seorang mekanik yang mengadu runsing perniagaan bengkel keretanya merosot, ditemui mati tergantung pada tiang bumbung belakang dapur rumahnya di Kampung Pasir Panji, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa, Leong Cheng Siew, 51, ditemui dalam keadaan tergantung pada seutas tali oleh isterinya, Lee Leng Huay, 45.

Lee berkata, dia hanya menyedari suaminya tiada di dalam rumah selepas bangun tidur.

“Semalam (kelmarin) saya dan dua anak tidur pada jam 12 tengah malam. Apabila bangun tidur, saya lihat suami tiada di dalam rumah.

“Saya begitu terkejut apabila melihat suami tergantung selepas mencarinya di belakang dapur rumah,” katanya.

Menurut Lee, suaminya ada mengadu runsing dengan perniagaan bengkel keretanya merosot selepas tidak lagi mendapat untung.

“Saya dapat melihat sendiri perubahannya apabila suami kurus dan tidak banyak bercakap. Saya tidak sangka kejadian seperti ini berlaku kepada keluarga saya,” katanya ketika ditemui bersama dua anak berusia 10 dan tujuh tahun, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud, ketika dihubungi berkata, kejadian itu tiada sebarang unsur jenayah dan dipercayai mangsa menghadapi tekanan selepas perniagaannya merosot.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Tanah Merah untuk siasatan lanjut dan kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya./hmetro

Jururawat yang dilapor dibakar oleh suami sendiri meninggal dunia

KUALA TERENGGANU: “Hanya arwah dan adik ipar tahu apa yang berlaku pada hari kejadian. Sebagai ahli keluarga, saya serahkan kepada polis menyiasat punca dan individu yang bertanggungjawab terhadap kejadian ini,” kata Zalina Yahaya, 33, kakak sulung kepada Suriani Yahaya, 28, yang meninggal dunia selepas disyaki dibakar suami sendiri, awal pagi kelmarin.

Suriani yang juga seorang jururawat meninggal dunia jam 4.30 pagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kelmarin, selepas 10 hari bertarung nyawa akibat melecur lebih 80 peratus.

Menurut Zalina, dia dan ahli keluarganya sebolehnya tidak mahu memperbesar-besarkan peristiwa itu demi menjaga hati dan perasaan kedua-dua keluarga apatah lagi hubungan mereka dengan keluarga adik ipar sangat baik.

“Apabila berita menimpa Suriani dilaporkan dalam akhbar, pelbagai reaksi diterima terutama yang menyalahkan adik ipar. Namun, kami memohon orang ramai tidak membuat andaian melulu kerana ia masih dalam siasatan polis.

“Jika difikirkan, tidak mungkin adik ipar sanggup berbuat sedemikian apatah lagi sepanjang mengenalinya, dia seorang yang baik. Malah, sepanjang pengetahuan saya, hubungan mereka suami isteri tidak mempunyai masalah.

“Tragedi ini benar-benar memberi kesan kepada kami sekeluarga. Kami sekeluarga reda dengan apa yang berlaku terhadap mangsa dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pak Ya, Paya Resak, Marang, di sini, semalam.

Suriani, anak ketiga daripada enam beradik dikebumikan di Tanah Perkuburan Paya Resak kira-kira jam 9 malam kelmarin. Dia meninggalkan dua cahaya mata lelaki masing-masing berusia dua dan tiga tahun.

Harian Metro pada 17 Oktober lalu melaporkan seorang jururawat di HKL kritikal apabila lebih 80 peratus tubuhnya melecur dipercayai dibakar suami sendiri ketika mangsa mandi di rumahnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur./hmetro

Serah tubuh pada ‘polis’

SERDANG: Terpedaya dengan janji manis seorang lelaki menyamar polis, seorang wanita bukan saja sanggup tinggal sebumbung, malah diperkosa lelaki berkenaan dalam kejadian di Taman Equine, di sini.
 
Mangsa berusia 22 tahun mengenali lelaki berusia 35 tahun itu yang sebenarnya warga Indonesia, pertengahan September lalu sebelum dipujuk tinggal bersama di sebuah rumah.

Menurut sumber polis, tanpa berfikir panjang dan percayakan lelaki itu, mangsa bersetuju tinggal bersama selepas sebulan berkenalan.

Katanya, ketika tinggal bersama, wanita itu dipaksa melakukan hubungan seks tanpa kerelaannya.

“Terpedaya dengan pekerjaan lelaki itu serta janji manis ditabur, mangsa menyerahkan tubuhnya serta menganggap lelaki itu sebagai teman lelaki.

“Penipuan lelaki itu terbongkar kelmarin selepas seorang wanita yang menjadi mangsa lelaki itu menceritakan segala-galanya,” katanya, semalam./hmetro

Remaja perempuan ditemui mati dibunuh dengan kejam

ANGKAT...anggota polis mengangkat jenazah Atikah untuk dipindahkan dari HKT ke HSI untuk bedah siasat.
ANGKAT...anggota polis mengangkat jenazah Atikah untuk dipindahkan dari HKT ke HSI untuk bedah siasat.
KOTA TINGGI: “Apa salah cucu saya hingga dia dibunuh begitu kejam, dia hanya berumur 15 tahun,” kata Muhammad Kasim, 62, di sini, semalam.

Cucu warga emas berkenaan, Nurul Atikah Samsiah ditemui mati dibunuh dengan keadaan muka serta badannya lebam teruk dipercayai dibelasah sebelum mayatnya dihumban di dapur sebuah kediaman yang terletak selang tiga rumah dari rumah ibu bapanya.

Mayat Atikah ditemui pada jam 6.30 pagi semalam, selepas hilang sejak jam 2 petang kelmarin, dari rumah keluarganya di Rumah Kakitangan Ladang Kambau, dekat sini.

Menurut Muhammad, dia hampir pengsan selepas menerima panggilan telefon daripada anaknya, Rahimah mengatakan cucunya itu ditemui mati.

“Kali terakhir saya bertemu Atikah ialah Isnin lalu apabila dia datang ke rumah saya di Kampung Sungai Perepat yang terletak 10 kilometer dari rumahnya untuk bertanya khabar selain makan tengah hari./hmetro

Selasa, 25 Oktober 2011

Hamil 3 bulan angkara abang

PADANG BESAR: Seorang lelaki bertindak rakus apabila sanggup merogol adik perempuannya sendiri beberapa kali sejak Julai lalu menyebabkannya mengandung.

Malah, remaja perempuan berusia 15 tahun itu turut diugut supaya menutup mulut berhubung kegiatan sumbang mahram yang berpunca akibat nafsu buas abangnya berusia 21 tahun.
Namun, tindakan kejam abangnya itu terbongkar apabila ibu saudara gadis berkenaan menyedari perubahan ke atas anak saudaranya yang kelihatan seperti orang mengandung pada Sabtu lalu.

Difahamkan, mangsa yang tinggal bersama bapa dan suspek yang bekerja sendiri di rumah mereka di Batu 18, Kaki Bukit, di sini, mendakwa dirogol berulang kali sehingga mengandung tiga bulan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, mangsa dipercayai dirogol buat kali pertama oleh abang kandungnya sejak Julai lalu dan perbuatan itu dilakukan berulang kali selepas itu./hmetro

Warga emas ditoreh penyamun

BESUT: Seorang warga emas cedera pada bahu dan dada kirinya akibat ditoreh dengan parang oleh lelaki yang cuba menyamun di rumahnya di Kampung Gong Nangka dekat Jerteh di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 malam itu, warga emas berusia 69 tahun yang tinggal berdua dengan isterinya yang lumpuh berumur 68 tahun itu mengalami cedera parah dan pendarahan banyak.

:Mangsa dikejarkan ke Hospital Daerah Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan kira-kira sejam kemudian.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, mangsa bagaimanapun stabil setelah menerima lapan jahitan akibat bergelut dengan penyamun tersebut.

Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa yang bersiap hendak tidur terdengar bunyi kaca pecah di bahagian dapur rumah namun pada mulanya tidak mengendahkannya kerana menyangka perbuatan kucing.

“Bagaimanapun beberapa minit kemudian, mangsa terdengar kaca pecah kali kedua menyebabkan dia keluar dari bilik untuk memeriksa dan pada masa sama, dia terserempak dengan suspek yang memegang dua bilah parang menerpa ke arahnya,” kata Kamaruddin dalam sidang media di sini semalam.

Kamaruddin berkata, berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek menyebabkan suspek berusia 27 tahun itu sempat menghiris bahu dan dada kiri mangsa sebelum melarikan diri.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun bertindak terus melawan suspek menyebabkan suspek bengkak pipi dan bibir kanan akibat ditumbuk, malah telefon bimbit dan jam tangan suspek turut terjatuh di tempat kejadian.

Katanya, tindakan pantas polis dengan kerjasama penduduk kampung telah berjaya menahan suspek kira-kira jam 8.10 pagi semalam ketika suspek menyorok dalam semak di Kampung Bukit Kenak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Kamaruddin berkata, suspek yang berasal dari Kampung Pacakan, Pasir Puteh, Kelantan itu turut cuba melawan dengan menggunakan sebilah parang yang dibawanya tetapi berjaya diberkas polis.

:Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methanphetamine dan dia direman untuk membantu siasatan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan./sinarharian

Tetak suami sepupu dengan parang

KUALA TERENGGANU: Seorang kakitangan Majlis Daerah Besut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dakwaan menetak suami kepada sepupunya dengan menggunakan sebilah parang pada 3 Julai lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Abd Halim Abd Samat, 45, dari Kampung Cegar Batang, Jalan Pasir Akar, Jerteh, Besut mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama dua lagi yang masih bebas didakwa menyebabkan cedera parah ke atas Mohd Khafilullah Mat Ayub, 35, menggunakan sebilah parang di tempat letak kereta di kawasan rumah di Kampung Cegar Batang, Jalan Pasir Akar, Besut kira-kira jam 11.30 malam pada 3 Julai lalu.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Rosila Nik menetapkan 3 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin sejumlah RM8,000 untuk seorang penjamin.

Pendakwaan di jalankan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud @ Mamat manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mengikut fakta kes, tertuduh bersama dua lagi lelaki berumur dalam lingkungan umur 40-an menyebabkan cedera parah pada bahagian telinga kanan mangsa yang juga suami kepada sepupunya kira-kira jam 11.30 malam pada 3 Julai lalu.

Bagaimanapun, mangsa yang bekerja sebagai mekanik kenderaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut hanya membuat laporan dua hari selepas kejadian itu yang dipercayai bermotifkan dendam sebelum tertuduh menyerah diri di IPD Besut./sinarharian

Helah premis tawar urutan batin terbongkar

SUBANG JAYA: Seorang lelaki yang hanya menutupi alat sulitnya dengan tuala ketika menikmati urutan gadis genit di sebuah premis di SS14, dekat sini kelam-kabut mengenakan pakaian sebaik menyedari premis terbabit diserbu pihak berkuasa lewat petang kelmarin.

Dia sebelum itu dipercayai mendapatkan khidmat urutan batin ditawarkan pengusaha rumah urut terbabit dengan bayaran antara RM50 hingga RM100 mengikut pakej diambil.

Bagaimanapun, tempoh kenikmatan diurut gadis berusia lingkungan 20-an itu tidak lama apabila dia bersama tukang urut berkenaan dicekup anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Dalam serbuan diketuai Pegawai Penguat kuasa MPSJ, Mazrul Zahar Mohd bersama 19 orang anggota MPSJ dan 11 anggota Jais itu, empat lagi tukang urut wanita termasuk pemilik premis beragama Islam ditahan.

Jurucakap Jabatan Penguatkuasaan MPSJ berkata, pihaknya menerima aduan berhubung aktiviti tidak bermoral yang dijalankan di premis berkenaan sebelum ini. Hasil siasatan ke atas premis mendapati terdapat empat pekerja wanita beragama Islam bekerja sebagai tukang urut.

“Pemeriksaan mendapati premis tersebut mempunyai lesen yang sah daripada MPSJ, tetapi pengusaha melanggar syarat-syarat lesen pusat kecantikan dan kesihatan yang dikeluarkan majlis dengan menawarkan khidmat urutan batin kepada pelanggan.

“Pengusaha premis dikenakan tindakan di bawah Undang-undang Kecil 13(k) Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Kesihatan MPSJ 2007 kerana melanggar syarat-syarat lesen dengan menjalankan perniagaan tidak mengikut sekatan lesen yang dikeluarkan MPSJ,” katanya pemilik berdepan tindakan denda maksimum sebanyak RM 1,000.

Beliau berkata, tindakan sitaan dan penutupan premis dikenakan ke atas premis tersebut. Manakala kesemua tukang urut wanita yang bekerja di premis diserahkan kepada Jais dan bakal dikenakan tindakan di bawah seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana cubaan berkhalwat.

“Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM3,000 setiap seorang,” katanya./sinarharian
















‘Adik beradik’ khalwat dicekup

PETALING JAYA: Lakonan drama sepasang kekasih berusia 26 dan 28 tahun yang menyamar sebagai adik-beradik bagi mengelak dicekup berkhalwat terbongkar apabila wanita itu ketakutan selepas digertak mengenai balasan orang yang berzina ketika di akhirat.

Mereka ditahan selepas didapati berdua-duaan di sebuah hotel bajet di Taman Medan dalam operasi cegah maksiat Ahli Jawatankuasa dan Pemuda Masjid Nurul Ehsan dengan kerjasama polis awal pagi semalam.

Pasangan itu mengambil kesempatan mengaku sebagai adik-beradik selepas pemeriksaan pada MyKad mendapati kedua-duanya mempunyai nama bapa yang sama namun berbeza alamat tempat tinggalnya.

Pihak masjid yakin sesuatu yang tidak kena berikutan pasangan itu memberi alasan tidur di situ kerana berpindah rumah, malah ketika pintu bilik dibuka si perempuan masih berselimut di atas katil dan hanya memakai pakaian dalam selain mengakui sering melakukan hubungan seks di situ.

Dalam serbuan di hotel yang sama juga, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang ditahan bersama kekasihnya merayu meminta dilepaskan atas alasan ibunya mengenali imam yang terlibat dalam operasi.

Operasi selama tiga jam itu turut menahan seorang guru wanita menyembunyikan diri di dalam bilik air dengan hanya berkemban selepas menyedari rumahnya diserbu.

Ketika ditahan guru terbabit berusia 29 tahun berdua-duaan dengan seorang lelaki berstatus duda berusia 33 tahun di rumah sewa lelaki terbabit.

Manakala seorang lagi penjawat awam berusia 25 tahun dicekup selepas disyaki berkhalwat dengan seorang janda berusia 35 tahun, anak tiga di rumah.

Imam 1 Masjid Nurul Ehsan, Abdul Muin Abdul Hamid berkata, operasi besar-besaran tersebut akan diteruskan bagi membanteras kegiatan maksiat di kawasan Taman Medan.

“Operasi ini adalah susulan daripada aduan dan maklumat daripada penduduk setempat yang merasakan tempat disyaki seperti hotel bajet dan rumah persendirian perlu diberi perhatian agar tidak menjadi lokasi mudah melakukan perbuatan sumbang,” katanya kepada Sinar Harian.

Kesemua pasangan dibawa ke Balai Polis Petaling Jaya sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya./sinarharian

Isnin, 24 Oktober 2011

Rompak, rogol: Penjara 16 tahun, sebat 6

KUALA LUMPUR 24 Okt: Seorang penganggur hari ini dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan merompak dan merogol dua wanita di tandas awam, tiga bulan lepas.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap Endry Roni Afandi, 27, selepas dia menukar pengakuan bersalahnya hari ini dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh dia ditangkap pada 13 Julai lepas.

Sebelum menjatuhi hukuman, Emelia berkata, faktor kepentingan awam dan rayuan daripada peguam bela dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.

"Tertuduh sebagai ketua keluarga sepatutnya tahu membezakan yang baik dan buruk serta faktor kemiskinan yang dihujahkan oleh peguam bela bukanlah alasan untuk tertuduh melakukan jenayah,” katanya./ Bernama

‘Kuliah’ seks empat gadis

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, sejak beberapa hari lalu, ditahan selepas didapati ‘berpesta seks’ bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan.

Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki berusia awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.

Difahamkan, biarpun menyedari pemeriksaan mengejut dilakukan pihak pengurusan kolej, keempat-empat lelaki terbabit gagal menyelinap keluar menyebabkan mereka bersembunyi di dalam tandas bagi mengelakkan dicekup, namun gagal.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, pihak pengurusan kolej menerima banyak aduan salah laku keempat-empat gadis terbabit daripada pelajar lain dan pensyarah sejak seminggu lalu.

“Antara salah laku yang dilaporkan ialah tidak hadir kelas dan sering membawa lelaki masuk ke asrama sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pelajar lain.

“Rentetan daripada aduan berkenaan, satu pemeriksaan mengejut dilakukan pihak kolej selepas dimaklumkan terdapat empat lelaki dipercayai kekasih kepada keempat-empat pelajar terbabit menyelinap masuk ke asrama kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin),” katanya.

Menurut sumber, pemeriksaan yang dilakukan empat kakitangan terdiri daripada pihak pengurusan kolej yang diiringi anggota polis itu membuahkan hasil apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan ketika bersembunyi di dalam tandas asrama berkenaan./hmetro

Ahad, 23 Oktober 2011

Dua pelacur lari separuh bogel elak ditahan

KOTA KINABALU: Dua pelacur tempatan dipercayai sedang asyik melakukan hubungan seks bersama pasangan masing-masing tidak sempat mengenakan pakaian dan lari lintang pukang dalam keadaan separuh bogel apabila diserbu polis di sebuah pangsapuri di Api-Api Centre, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, dua gadis berusia 20 dan 26 tahun berjaya ditahan apabila polis sudah mengepung kawasan berkenaan yang dikesan menjadi lokasi kegiatan aktiviti pelacuran.

Dalam serbuan jam 2.30 pagi, sepasukan polis Cawangan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Kinabalu turut menahan pasangan gadis itu di rumah berkenaan.

Pemeriksaan di rumah itu turut menemui kondom yang masih belum digunakan dan dirampas termasuk dua telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata susulan serbuan itu, polis berjaya menahan seorang wanita berusia 38 tahun dipercayai bertindak sebagai ibu ayam.

“Bertindak atas maklumat awam, sepasukan polis melakukan intipan sebelum menyerbu sebuah rumah di pangsapuri terbabit.

“Ketika serbuan, dua gadis dipercayai sedang leka melakukan hubungan seks bersama pasangan masing-masing di dalam bilik berasingan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam./hmetro

Jurujual hilang ditemui mati dalam but

KUALA LUMPUR – Seorang jurujual lelaki yang hilang sejak dua hari lepas, ditemui mati dan mayatnya yang dibaluti kain selimut ditemui dalam but sebuah kereta di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, mayat lelaki berumur 49 tahun itu ditemui pada pukul 5 petang dalam kereta Toyota Unser yang ditinggalkan di kawasan semak berhampiran bulatan Seksyen 4.

Mangsa yang tinggal di Ipoh, Perak itu dilaporkan hilang oleh isterinya di Balai Polis Jelapang Perak hari ini setelah tidak pulang sejak dua hari lepas, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan terbaring dan dibaluti selimut dengan kesan cedera di bahagian belakang badan dan peha, dipercayai akibat ditetak.

Berdasarkan keadaan mayat, polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu mati dalam tempoh kurang 48 jam, katanya./Bernama

Sabtu, 22 Oktober 2011

Pengawal ditemui mati ditikam

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di Rumah Pangsa Sri Cempaka, Bandar Sri Damansara, Sungai Buloh, semalam.

Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya, Supt Meor Hamdan Meor Mohammad berkata, mangsa berusia 57 tahun itu ditemui terbaring di dalam bilik dengan kesan kelar di leher dan empat tikaman di badan, dada dan perut.

"Berdasarkan keadaan bilik yang berselerak, dipercayai berlaku pengelutan antara mangsa dengan lebih seorang suspek,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata polis menerima maklumat mengenai bau busuk yang mencurigakan di rumah terbabit kira-kira pukul 6 petang.

Mangsa dipercayai menyewa bersama empat lagi rakan yang bekerja di beberapa syarikat kawalan keselamatan.

Meor Hamdan berkata tiada sebarang senjata ditemui di tempat kejadian dan polis masih menjalankan siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat./Bernama

Warga emas ditetak penyamun

SEREMBAN: Seorang wanita warga emas di Taman Guru di sini, melalui detik menakutkan apabila diserang penyamun bersenjatakan parang ketika menjemur pakaian di rumahnya, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, mangsa, Indun Yahya, 62, turut dicederakan apabila penyamun terbabit bertindak ganas menetak muka dan tangannya.

Menceritakan kejadian Indun berkata, dia yang mahu menjemur pakaian di ampaian melihat tiga motosikal dinaiki enam lelaki berada di luar kawasan rumahnya, namun tidak mengesyaki apa-apa.

“Tiba-tiba seorang daripada mereka turun dari motosikal dan menghampiri pagar rumah saya untuk bertanyakan alamat seseorang.

“Saya kata tidak tahu tetapi lelaki terbabit terus membuka pintu pagar dan memasuki kawasan rumah bersama seorang lagi rakannya yang dilihat bersenjatakan parang panjang,” katanya.

Menurut Indun, kedua-dua suspek yang meluru ke arahnya bertindak memegang bahu dan meletakkan parang ke lehernya.

“Seorang daripada suspek cuba meragut rantai leher emas dipakai tetapi saya cuba menggenggamnya hingga menyebabkan sebahagian daripadanya terputus.

“Melihat keadaan itu, suspek bertindak menetak muka di bahagian pipi kiri. Bagaimanapun, gelang tangan saya berjaya diragut suspek yang turut cuba merampas cincin tetapi gagal,” katanya.

Indun berkata, dia bernasib baik kerana jirannya yang menyedari kejadian itu menjerit menyebabkan suspek segera melarikan diri.

Menurutnya, walaupun cedera tetapi dia bersyukur kerana penyamun berkenaan tidak memasuki rumahnya kerana dua anak perempuan dan seorang cucu berada di dalam.

“Saya mendapatkan :rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar, sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Rahang,” katanya yang menganggarkan nilai kerugian hampir RM5,000.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Md Yusoff Awang mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, pihaknya mempergiatkan usaha memburu suspek dan meminta orang ramai yang melihat individu mencurigakan menaiki motosikal di kawasan mereka supaya menghubungi mana-mana balai untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan,” katanya./sinarharian

Bangla cabul pelajar perempuan

SUNGAI SIPUT (U): Seorang lelaki warga Bangladesh yang bekerja sebagai pembantu kedai makan didakwa mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitendan Azman Salim berkata, pada 14 Oktober lalu, lelaki berumur 21 tahun itu menjemput seorang pelajar di hadapan sebuah sekolah di Pekan Sungai Siput.

Menurutnya, perbuatan remaja itu menunggang motosikal bersama lelaki warga asing tersebut disedari beberapa guru dan rakannya.

“Difahamkan pelajar berkenaan memang mengenali lelaki itu dan sudah berhubung melalui telefon pada malam sebelum kejadian.

“Mereka berjanji untuk bertemu di hadapan sekolah sebaik sahaja pelajar itu turun dari bas,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, kelmarin.

Beliau berkata, berdasarkan laporan dibuat ibu mangsa yang berusia 48 tahun, lelaki berkenaan didakwa mencabul anaknya dan ada memaksa pelajar itu membuka seluar.

Jelasnya, menurut laporan, lelaki itu membawa pelajar berkenaan ke rumah sewanya di Taman kemiri dan anaknya memberitahu diraba di situ.

“Lelaki itu juga ada memaksa mangsa membuka seluar trek yang dipakai dan kebetulan pada hari kejadian terdapat aktiviti kokurikulum di sekolah.

“Pelajar itu menolak perbuatan lelaki tersebut dan warga asing berkenaan kemudiannya meninggalkan mangsa di belakang sebuah kafe siber di pekan Sungai Siput,” katanya.

Azman berkata ,kira-kira jam 10 pagi pada hari yang sama, suspek ditangkap orang awam apabila guru dan rakan mangsa menyampaikan maklumat mengenai tindakan pelajar itu kepada ibunya.

Katanya, lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Sungai Siput untuk siasatan lanjut dan dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan.

“Lelaki itu disiasat di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat jika sabit kesalahan.

“Dia dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 yang dibayar majikannya dan lelaki itu memiliki Kad Pendatang Asing menerusi program pemutihan baru-baru ini,” katanya./sinarharian

Disamun ketika leka melayan telefon

KUANTAN: Kelekaan seorang suri rumah berbual menerusi telefon di luar perkarangan rumahnya di Taman Amalina Lestari dekat Raub membawa padah apabila dia disamun dua lelaki bermotosikal sehingga mengalami kerugian kira-kira RM8,000 tengah hari kelmarin.

Pegawai Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, mangsa berusia 45 tahun dikatakan sedang berbual melalui telefon berhampiran simpang masuk ke rumahnya.

Menurutnya, ketika leka melayan panggilan itu, mangsa didatangi dua lelaki bermotosikal dan berpakaian serba hitam dalam keadaan mencurigakan.

“Pembonceng motosikal tersebut turun mendekati mangsa sebelum bertindak menarik dua utas rantai yang dipakai wanita itu hingga putus.

“Akibat tindakan penjenayah itu, mangsa terjatuh bagaimanapun dia terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Nor Asyikin berkata, tidak cukup dengan dua utas barang kemas itu, suspek turut melarikan telefon bimbit yang digunakan mangsa.

“Bimbang perbuatan mereka disedari orang ramai, suspek segera melarikan diri menaiki motosikal menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Mangsa juga tidak sempat mengecam wajah dan identiti suspek kerana mereka memakai topi keledar,” katanya.

Menurutnya, selepas kejadian, mangsa membuat laporan polis dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti suspek terlibat.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya./sinarharian

'Cikgu Razak' rogol murid tahun tiga

PEKAN: Seorang murid tahun tiga sebuah sekolah rendah di Felda Chini Timur, dekat sini terpaksa melalui detik hitam dalam hidup apabila dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika pulang dari sekolah.

Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Amran Sidek berkata, kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu sedang menunggu abangnya yang dalam perjalanan untuk menjemputnya pulang ke rumah.

Menurutnya, ketika sedang menunggu kira-kira jam 1.10 tengah hari, sebuah kereta Proton Saga berwarna kelabu yang dipandu seorang lelaki menghampiri mangsa di luar kawasan sekolah.

“Suspek kemudiannya keluar dan memperkenalkan diri kepada mangsa dengan nama ‘Cikgu Razak’ sebelum dia mempelawa mangsa menaiki keretanya untuk dihantar pulang ke rumah.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudiannya menerima pelawaan ‘cikgu’ terbabit dan tidak menyedari bahawa lelaki tersebut menyimpan niat jahat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.

Amran berkata, suspek kemudiannya membawa mangsa ke satu kawasan ladang berhampiran sekolah sebelum merogolnya dalam kereta namun kemuadian mangsa berjaya melepaskan diri keluar dari kawasan ladang berkenaan sebelum berjalan kaki pulang ke rumah.

“Mangsa yang kemudiannya ditemui ahli keluarganya menceritakan kejadian yang menimpanya sebelum mereka membuat laporan polis dan membawa mangsa melakukan pemeriksaan di hospital.

“Polis kini giat mengesan suspek melalui gambaran wajah yang diberikan oleh mangsa selain pelbagai kaedah bagi memberkas suspek yang kini masih bebas,” katanya.

Beliau turut mengingatkan ibu bapa serta penjaga agar lebih peka dengan keselamatan anak masing-masing selain mengawasi pergerakan anak-anak dan memastikan mereka menanti anak-anak ketika pergi dan pulang dari sekolah.

“Kepekaan ibu bapa membantu mengekang masalah jenayah berkaitan selain mengelak kejadian seumpama ini berlaku tanpa sebarang pengawasan yang sewajarnya,” katanya./sinarharian

Bapa rogol anak kandung

BANDAR JERANTUT: ‘Harapkan pagar, pagar makan padi.’ Itu ungkapan paling sesuai diberikan kepada seorang bapa yang disyaki merogol anak kandung sendiri berusia lapan tahun.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Zakaria Kassim berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada 14 Oktober lalu, apabila suspek berusia 32 tahun yang juga tukang masak sebuah kedai makan, dekat sini, bertindak menodai anak kandung sendiri ketika mangsa sedang mandi.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa baru pulang dari sekolah dan masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Katanya, pada masa sama suspek bertindak memasuki bilik mandi berkenaan lalu mengambil kesempatan ke atas mangsa.

“Perubahan sikap mangsa disedari ibu saudaranya, lalu bertanya apa yang berlaku. Setelah dimaklumkan mangsa, ibu saudaranya itu memberitahu nenek mangsa, selain bertanyakan sendiri kepada suspek yang juga adalah abangnya.

“Berang dengan aduan yang dibuat, berlaku pertelingkahan keluarga terutama antara suspek dengan adiknya itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Zakaria berkata, mangsa kemudiannya dibawa ibu saudara dan neneknya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut untuk membuat laporan, kira-kira jam 2 petang, pada 15 Oktober lalu.

:Menurutnya, kira-kira jam 4 petang, hari yang sama, polis menahan suspek yang kebetulan datang ke IPD Jerantut untuk membuat laporan polis terhadap adiknya yang didakwanya bertindak agresif ketika pertelingkahan berlaku di rumah mereka.

“Hasil maklumat dan butiran lanjut oleh keluarga dan mangsa sendiri, suspek ditahan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan sejurus selepas dia selesai membuat laporan polis.

“Suspek kini direman seminggu dan hasil siasatan mendapati suspek juga turut mempunyai sembilan rekod jenayah lampau. Mangsa kini ditempatkan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk rawatan lanjut,” katanya./sinarharian

2 sahabat onar dalam masjid

KUALA TERENGGANU: Tanpa rasa bersalah, dua sahabat mengaku mencuri dua buah beg milik seorang jemaah yang sedang menunaikan solat Subuh di Masjid Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 13 September lalu.

Bagaimanapun, perbuatan mereka terbalas selepas Mahkamah Majistret, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan dan denda RM3,000 terhadap Tengku Ahmad Ridhwan Tengku Abdul Kadir, 29, dan penjara 12 bulan serta denda RM3,000 bagi tertuduh kedua, Mohd Fauzila Mat Noor, 33.

Hukuman dijatuhkan setelah kedua-dua tertuduh mengaku bersalah di hadapan Majistret Nor Azizah Jusoh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 13 September lalu antara jam 6 pagi hingga 6.30 pagi di Masjid Zainal Abidin, Kuala Terengganu telah mencuri dua buah beg milik Rohana Ramli, 36, dari Taman Indah Bandar Al- Muktafi Billah Shah, Dungun.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama, yang boleh di penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kali kedua atau kemudiannya, boleh dipenjara dan denda atau sebat jika disabitkan kesalahan.

:Mengikut fakta kes, mangsa telah ke Masjid Zainal Abidin Kuala Terengganu untuk menunaikan solat Subuh dan meletakkan beg berisi pakaian serta beg yang mengandungi dokumen penting di sebelahnya pada 13 September lalu kira-kira jam 6 pagi.

:Selepas menunaikan solat, mangsa dapati kedua-dua beg itu hilang dipercayai dicuri.

Barang yang ada di dalam beg itu ialah pakaian, tunai RM1,200, telefon bimbit, dua utas rantai tangan, kad pengenalan milik mangsa, MyKid, beberapa buah buku akaun, kad bank, kad kebajikan masyarakat, buku rawatan milik Muhamad Irwan Rizwan dan ubatan-ubatan.

Susulan laporan polis yang dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, pada 17 Oktober lalu, kira-kira jam 1.30 pagi hingga 4.10 pagi, kedua-dua tertuduh ditangkap di rumah masing-masing dan dibawa ke IPD untuk disoal siasat.

Hasilnya, tertuduh telah memberitahu beg yang dicuri itu dibuang di dalam semak di kawasan kampung Paya Bunga, di sini./sinarharian

Wanita pakai sendat didakwa

SURA HUJUNG: Gara-gara berpakaian menjolok mata, seorang pelajar wanita institut pengajian tinggi awam (IPTA) menerima padah apabila didakwa di mahkamah berikutan kesalahan itu ketika berada di satu taman permainan di sini.

Siti Nur Nadia Saparudin, 22, didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Dungun mengikut selepas ditahan Pegawai Penguat Kuasa Syariah kerana mendedahkan tubuh di tempat awam ketika berada di Taman Permainan Sura Hujung kira-kira jam 10.55 malam, 14 Februari lalu.

Antara fakta kes yang dikemukakan pihak pendakwa raya apabila mensabitkan kesalahan ke atasnya, ketika pegawai penguat kuasa syariah tiba di taman permainan dekat Sura Hujung, seorang lelaki dan perempuan didapati sedang berpelukan.

Pasangannya yang dikenali sebagai Isa Ahmad, 24, ketika itu didapati memakai seluar pendek paras lutut manakala tertuduh memakai seluar pendek paras paha dengan baju T sendat.

Siasatan awal ke atas pasangan mendapati kedua-duanya tidak mempunyai hubungan muhrim sebagai suami isteri.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan tidak sopan dan mohon dibicarakan.

Kes mereka bakal disebut semula pada 6 Februari 2012.

Bagaimanapun tertuduh perempuan, Nur Nadia membuat pengakuan bersalah atas tuduhan mendedahkan tubuh di tempat awam.

Hakim Syarie, Shamsudin Ngah selepas mendengar rayuan tertuduh akhirnya menjatuhkan denda RM600 atau satu bulan penjara jika gagal menjelaskan denda.

Pendakwaan dilakukan Pendakwa Raya Syarie, Nor Hakimah Awang./sinarharian