Jumaat, 14 Oktober 2011

Pelajar tingkatan satu dirogol bergilir-gilir

GONG PASIR: Seorang pelajar sekolah menengah terpaksa melalui detik hitam apabila dirogol secara bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki di sebuah rumah di Kampung Alor Mak Bah, malam kelmarin.

Peristiwa yang meragut mahkota berharga seorang gadis berusia 13 tahun itu dipercayai berlaku setelah mangsa yang merupakan pelajar salah sebuah sekolah menengah berdekatan dibawa sekumpulan lelaki ke sebuah rumah kosong sebelum dirogol oleh beberapa remaja lelaki.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan keluar rumah kira-kira jam 8.15 malam untuk membeli air minuman dan ubat di sebuah kedai runcit berdekatan rumahnya.

Bagaimanapun, selepas kesucian gadis remaja yang sedang menuntut di tingkatan satu dinodai oleh sekumpulan remaja lelaki bernafsu syaitan terbabit, mangsa dikatakan ditinggalkan di sebuah pondok di tepi jalan dekat Nibong sebelum ditemui penduduk kampung yang bertindak menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan gadis berasal dari Gong Pasir itu.

Berikutan laporan yang diterima di Balai Polis Dungun berkaitan kejadian terbabit, polis melancarkan gerakan memburu suspek disyaki.

Hasilnya, lima suspek berusia antara 19 hingga 22 tahun ditahan dalam lima serbuan berasingan di Kampung Alor Mak Bah kerana disyaki terlibat merogol pelajar yang difahamkan bersekolah di Sekolah Menengah Balai Besar itu.

Ketua Polis daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan itu dan kesemua suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan untuk membantu siasatan./sinarharian

1 ulasan: