Khamis, 20 Oktober 2011

Dinikahkan imam mati

KUNAK: Temberang sepasang kekasih yang dicekup khalwat kononnya mereka sudah dinikahkan seorang imam di sini, minggu lalu, memakan diri apabila imam dimaksudkan itu sebenarnya sudah meninggal dunia, empat bulan lalu.

Sebelum kejadian, pasangan kekasih itu ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) selepas dipercayai berkhalwat di sebuah bilik hotel bajet di pekan ini, kira-kira jam 10 malam kelmarin. 

Serbuan dilakukan selepas penguat kuasa mendapat maklumat mengenai seorang wanita berusia 30 tahun dipercayai melakukan perkara tidak senonoh dengan pasangan berusia 20 tahun di hotel berkenaan.

Malah, penguat kuasa terpaksa menunggu hampir sejam sebelum pintu bilik dibuka seorang lelaki berpakaian lengkap dan pemeriksaan mendapati seorang wanita yang juga lengkap berpakaian berselimut di atas katil.

Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku, pasangan terbabit mengaku suami isteri dan baru dinikahkan seorang imam di sebuah kampung berhampiran./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan