Isnin, 3 Oktober 2011

Lelaki maut bergaduh

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut, manakala rakannya cedera akibat bergaduh dengan beberapa individu di depan sebuah pusat beli-belah berhampiran perhentian bas Pudu Sentral, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa warga Indonesia berusia 30-an bersama rakannya bergaduh dengan beberapa lelaki senegara sebelum kejadian dilaporkan kepada polis oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata sebaik polis tiba di tempat kejadian, dua lelaki itu ditemui cedera teruk dan berlumuran darah./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan