Rabu, 5 Oktober 2011

Konstabel tembak isteri dijatuhkan hukuman penjara

KUALA LUMPUR: Seorang konstabel polis dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menembak isterinya tahun lepas.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat menjatuhkan hukuman itu bermula hari ini terhadap T. Ravindran, 31, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan pembelaan agar pelaksanaan hukuman penjara itu ditangguhkan sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai dengan menaikkan jumlah wang jaminan daripada RM5,000 kepada RM10,000.

Ravindran didakwa menembak G. Prema, 25, menggunakan sepucuk revolver .38 Smith & Wesson yang boleh mengakibatkan kematian mangsa di Blok D-10-09, Program Perumahan Rakyat Kerinchi, Pantai Dalam, Brickfields, 9.40 malam pada 2 Mac tahun lepas./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan