Rabu, 5 Oktober 2011

Cederakan tahanan: 2 Sarjan polis dipenjara

KUALA LUMPUR: Dua anggota polis berpangkat Sarjan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, masing-masing dijatuhi hukuman empat tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan mencederakan dua tahanan dalam kejadian berasingan di IPD berkenaan.

Hakim Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Sjn. Mohd. Shafiee Abdul Halim, 48, dan Sjn. Mohd. Diah Sulaiman, 48.

Beliau memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman itu mulai hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sehingga selesai rayuan di Mahkamah Tinggi yang dipohon melalui peguam bela Afifuddin Mohd. Hafifi dan Nordin Kasim yang mewakili Mohd. Shafiee dan Mohd. Diah.

Beliau kemudian mengarahkan jaminan kedua-dua tertuduh ditambah RM5,000 menjadi RM10,000./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan