Jumaat, 14 Oktober 2011

Surau terbiar jadi tempat lampias nafsu

BUKIT MERTAJAM: Disebabkan lokasinya yang terletak di atas sebuah kompleks beli-belah dan agak terasing di sini, surau yang disediakan untuk kemudahan umat Islam menunaikan solat kini menjadi tempat memuaskan nafsu.

Malah, lebih menyedihkan ramai dalam kalangan yang terlibat terdiri daripada pelajar.

Pekerja di sebuah premis dekat kompleks berkenaan, Ramzam Shah Mohd Abu Bakar, 36, berkata, pernah ada peniaga di situ terserempak dengan pasangan berbogel sedang berzina di dalam surau tersebut.

Menurutnya, keadaan itu sudah pun berlarutan sejak beberapa tahun lalu menyebabkan tiada sesiapa dalam kalangan pekerja mahu pun pengunjung yang naik ke sana.

“Bukan sahaja surau yang terbiar, kebanyakan kemudahan yang disediakan sudah rosak, malah pengunjung yang datang ke kompleks ini juga semakin berkurangan," katanya.

Justeru, dia berharap pihak bertanggungjawab dapat memantau keadaan di surau itu bagi membendung gejala tidak sihat daripada terus berlarutan./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan