Jumaat, 9 September 2011

Ditahan kerana mencabul

LUNAS: Gara-gara gatal tangan seorang lelaki warga Indonesia berusia 30an ditangkap kerana mencabul seorang wanita berusia 36 tahun yang juga isteri orang di Pasar Malam Taman Desa Makmur kira-kira jam 8.15 malam, kelmarin.

Menurut mangsa, suspek pernah melakukan sedemikian terhadapnya beberapa kali sebelum ini dan dia memaklumkan perbuatan itu kepada suaminya.

Dengan bantuan Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) cawangan Lunas yang diketuai oleh ketuanya Loh Kean Theng, satu serbuan dirancang.

Kean Theng berkata, ketika kejadian mangsa sedang membeli barangan keperluan rumah. Suspek datang dari belakang dan memegang pinggul mangsa.

“Mangsa menjerit, suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan oleh orang awam dan ahli PPKM yang berada di tempat kejadian.

“PPKM kemudiannya menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan unit MPV bagi membawa suspek ke Balai Polis Lunas, “ katanya.

Mangsa dan suaminya turut membuat laporan di balai polis sama terhadap kejadian yang berlaku terhadapnya.

Kean Theng menasihatkan pengunjung pasar malam terutama wanita supaya tidak memakai pakaian mengghairahkan selain membawa wang tunai dan memakai barangan kemas yang banyak.

“Ini mengakibatkan penjenayah terangsang melakukan perbuatan jenayah terhadap diri mereka. Sehingga kini beberapa perlakuan jenayah seperti cabul dan ragut pernah dilaporkan berlaku di kawasan tapak pasar malam, “ katanya./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan