Khamis, 24 November 2011

Janin dalam tong sampah

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kontrak pembersihan terkejut menemui janin lelaki dalam tong sampah di hadapan sebuah rumah di Jalan Jinjang Indah 4, Jinjang Utara, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komi­sioner Zakaria Pagan berkata, janin itu ditemui, kira-kira jam 7.50 pagi, ketika pekerja terbabit sedang melakukan kerja mengutip sampah.

Katanya, pekerja itu kemudiannya memaklumkan penemuan tersebut kepada penduduk sebelum laporan polis dibuat.

“Pemeriksaan mendapati janin lelaki itu berusia lingkungan lima hingga enam bulan.

“Terdapat kesan koyak pada leher dan tiada kesan darah. Kita percaya janin itu dibuang dalam tempoh 24 jam,” katanya.

Beliau berkata, janin itu dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu me-nyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan