Jumaat, 11 November 2011

Gadis lari bersama pengkid mohon maaf

JOHOR BAHRU: “Yoyot memaklumkan yang dia hanya makan makanan ringan dan minum air saja untuk dua hari sebaik tiba di Klang, Selangor bagi mencari kerja.

“Pada masa sama, rakan yang mahu mencarikan Yoyot kerja turut memintanya kembali ke pangkuan keluarga selepas beritanya melarikan diri bersama pengkid tersiar di Harian Metro,” kata Kamariah Abu Bakar, 56, semalam.

Yoyot atau nama sebenarnya, Juli Bibi Amirriah Amir Khan, 19, dipercayai melarikan diri bersama teman pengkid pada 1 November lalu dari kediaman keluarganya di Taman Megah Ria, Masai di sini.

Menurut Kamariah, Yoyot bersama pengkid terbabit yang dikenali sebagai Norliza atau Is, 23, pulang semula ke rumah sehari sebelum Aidiladha.

Katanya, Yoyot dan Is memohon maaf kepada seluruh ahli keluarganya dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan mereka.

“Yoyot turut memaklumkan dia menangis kerana tidak makan dan menyesal dengan perbuatannya. Dia mengatakan tidak dapat membeli makanan kerana kehabisan wang selepas membeli tiket bas untuk ke Klang,” katanya./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan