Jumaat, 11 November 2011

Mayat ditemui tepi jalan, dipercayai dibunuh

IPOH: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan kecederaan di badan dan kepala, dipercayai dibunuh, di tepi jalan Batu 3 Jalan Kota Bharu-Gopeng dekat Kampar hari ini.

Mayat P. Someswaran, 38, ditemui pada pukul 7 pagi oleh orang awam yang melalui kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh berkata, lelaki yang berasal dari Rumah Murah, Jelapang di sini, dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di tepi jalan itu.

"Mangsa cedera parah di kepala dan badan akibat dipukul dengan objek tajam dan berdasarkan siasatan awal, polis percaya kejadian berpunca daripada hutang.

"Bagaimanapun, kami masih menyiasat punca sebenar kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar di talian 05-4652222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan