Khamis, 10 November 2011

Anggota tentera mengaku tidak bersalah acu pisau dan ugut bunuh bayi

MELAKA: Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan mengugut bunuh dan mengacukan pisau ke arah bayi perempuannya berusia tujuh bulan pada bulan lepas.

Mohd Rezal Dugal, 28, didakwa melakukan ugutan jenayah ke atas Puteri Aleez Aqiella, yang boleh menyebabkan kematian atau cedera parah terhadap bayi tersebut.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamat Jalan SB 15, Taman Seri Bertam di sini, kira-kira 6.30
petang, 12 Okt lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Majistret Muzila Mohamed Arsad membenarkan jaminan RM4,000 dan menetapkan 8 Dis depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Muhather Mohd Kudus manakala Mohd Rezal tidak diwakili peguam./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan