Jumaat, 8 Jun 2012

Lelaki Myanmar maut dikelar rakan senegara

GURUN: Seorang lelaki warga Myanmar berusia 30-an ditemui mati dengan kesan kelar di leher dipercayai akibat bergaduh dengan rakan senegaranya di Taman Utama dekat sini petang tadi.

Mayat mangsa yang identitinya belum dikenal pasti ditemui oleh seorang penyelia tapak pembinaan kira-kira pukul 3.20 petang tadi.

Turut ditemui berhampiran mayat ialah tangan kanan dipercayai milik suspek yang putus dalam pergaduhan berkenaan.

Suspek yang cedera parah ditemui orang ramai tidak jauh dari tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Zakaria Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian, dan berkata, siasatan awal mendapati suspek serta mangsa baru sembilan hari masuk ke negara ini untuk bekerja di sektor pembinaan di sini.

Polis juga mendapati mangsa dan suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah untuk masuk ke negara ini, katanya./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan