SHAH ALAM: Polis sedang mengenal pasti beberapa kesan cap jari dipercayai milik tiga individu yang disyaki terlibat dalam kes samun di sebuah sekolah rendah di Batu 14, Puchong, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, kesan cap jari yang ditemui di lokasi kejadian itu sedang dianalisis oleh Jabatan Forensik dalam usaha menjejaki kesemua suspek.
"Kami percaya akan dapat memberkas mereka dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Selain cap jari, polis juga meneliti rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di sekolah itu.
Dalam kejadian awal pagi semalam, sekolah itu mengalami kerugian hampir RM250,000 setelah disamun tiga lelaki, melibatkan wang tunai RM30,000, sebuah kereta Toyota Camry dan sebuah lori kecil.
Menurut polis, suspek berumur antara 20 dan 30 tahun itu menggunakan parang dan satu objek menyerupai pistol untuk menahan sembilan mangsa, termasuk petugas sekolah, yang dibebaskan sebelum suspek melarikan diri./hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan