DUNGUN: Seorang gadis dibelasah abang tirinya dengan tukul besi selepas dia menceritakan perbuatan jahat abang tirinya itu yang merogolnya sebelum itu, dalam kejadian di sebuah kampung di Paka, dekat sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, mangsa yang berusia 18 tahun itu dipukul oleh abang tirinya berusia 26 tahun dengan menggunakan objek keras sehingga dia mengalami kecederaan di kaki dan pinggangnya.
Sebelum itu, pada Selasa lalu, mangsa dikatakan duduk bersendirian di rumahnya sebelum abang tirinya itu membawa pulang beberapa rakannya ke rumah untuk menghisap dadah.
Mangsa dikatakan tidak menghiraukan perbuatan abang tirinya bersama rakannya yang lain sebelum memasuki bilik untuk tidur.
Pada kira-kira jam 10.40 malam, suspek dikatakan masuk ke dalam bilik mangsa yang ketika itu sedang tidur sebelum bertindak merogolnya dan mengugut mangsa supaya tidak membongkar perbuatannya itu kepada ibunya.
Selepas beberapa hari merahsiakan kejadian itu, ketika berada di kedai runcit ibunya, mangsa yang tidak tahan diperlakukan seperti pemuas nafsu perbuatan jahat abangnya itu, menceritakan perkara itu kepada ibunya.
Suspek yang juga seorang penganggur mengetahui perbuatan jahatnya itu sudah terbongkar naik berang dan dia pulang ke rumah sebelum bertindak membelasah adik tirinya itu dengan objek keras.
Berikutan kejadian itu, mangsa kemudiannya ke Balai Polis Paka, pada hari sama untuk membuat laporan dan polis yang menerima laporan kemudiannya ke rumah suspek dan berjaya menahannya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan./hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan