SUNGAI PETANI: Mayat seorang wanita, dipercayai dibunuh, ditemui dalam keadaan terlentang di atas sebuah motosikal dalam longkang di tepi Jalan Persiaran Ambangan Heights berhampiran Kompleks Mahkamah Sungai Petani, di sini hari ini.
Mayat M. Revathi, 23, pemilik butik perkahwinan Rakshata Bridal House di Taman Ria di sini, ditemui pada pukul 7.30 pagi oleh orang ramai dalam keadaan lengkap berpakaian dan dengan kesan kecederaan parah di leher dan dada.
Bapa saudara wanita itu, N. Subrayam, 53, berkata Revathi tidak pulang ke rumahnya di Taman Arked sejak malam tadi dan anggota keluarga telah melancarkan gerakan mencarinya.
"Biasanya dia akan balik ke rumah di Taman Arked kira-kira pukul 10.30 malam iaitu selepas selesai mengikuti kelas andaman di Taman Sejati Indah.
"Tapi malam tadi dia tidak pulang menyebabkan ahli keluarga keluar mencari,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini./Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan