Sabtu, 9 Jun 2012

Balasan buat tak senonoh

MIRI: Gara-gara meraba punggung seorang wanita ketika berkunjung ke sebuah pusat hiburan di sini, seorang lelaki cedera parah di kedua-dua tangan dan kaki kiri selepas diserang menggunakan pedang samurai oleh sekumpulan 20 lelaki, kelmarin.

Sebelum kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa berusia 30-an yang berkunjung ke pusat hiburan berkenaan bersama seorang rakannya dikatakan sengaja meraba punggung seorang wanita yang turut berhibur di situ.

Menurut sumber, wanita terbabit yang berang perbuatan tidak senonoh lelaki itu memberitahu abangnya yang turut berada di situ menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.

“Mangsa bersama rakannya akhirnya mengambil keputusan meninggalkan pusat hiburan berkenaan sebelum pergi ke sebuah pusat karaoke lain yang terletak berdekatan Tebingan Miri.

“Namun, sebaik tiba di pusat karaoke itu, mereka diserang sekumpulan kira-kira 20 lelaki, termasuk seorang daripada mereka menggunakan pedang samurai,” katanya./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan