Jumaat, 15 Jun 2012

Pengurus HSBC mati ditikam perompak


ANGGOTA polis mengusung mayat Wong yang mati ditikam di rumahnya di Ulu Sungai Merah di Sibu, Sarawak semalam.
SIBU: Pengurus cawangan sebuah bank asing di sini ditemui mati dipercayai dibunuh dalam satu cubaan merompak di rumahnya di Ulu Sungai Merah di sini kira-kira pukul 1.30 pagi semalam.

Mangsa, Stephen Wong, 31, yang merupakan pengurus Bank HSBC cawangan Sibu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di badan yang dipercayai ditikam dengan objek tajam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryll Sani Abdullah Sani berkata, sebelum kejadian, mangsa yang tinggal bersama isteri dan anaknya sedang tidur di bilik tingkat atas.

Menurutnya, tiba-tiba datang seorang suspek yang masih belum dikenal pasti identitinya memakai baju lengan panjang dan bertopi memecah masuk kediaman terbabit.

"Pengurus bank itu dipercayai bergelut dengan lelaki berkenaan di dalam bilik tidur menyebabkan isteri mangsa tersedar lalu bangun.

"Melihat isteri mangsa bangun, suspek terus melarikan diri ke bahagian belakang rumah dengan memanjat tembok," katanya ketika dihubungi di sini semalam./kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan