MIRI: Sangkaan seorang isteri bahawa suaminya ke tandas apabila mendapati lelaki itu tiada di sisinya ketika terjaga dari tidur jam 3 pagi semalam, meleset apabila menemui teman hidupnya itu mati tergantung pada tiang besi di belakang rumahnya di Taman Chieng Sons, Riam, di sini.
Mayat Ang Jee, 34, ditemui jam 6.30 pagi oleh isterinya yang berusia 30-an ketika mencarinya sebaik bangun dari tidur selepas curiga apabila mendapati suaminya itu tidak masuk semula ke bilik.
Ang yang juga penyelia di sebuah syarikat di Brunei itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, sekali gus menimbulkan tanda tanya di kalangan ahli keluarganya berhubung insiden itu.
Bagaimanapun, menurut sumber, beberapa minggu sebelum kejadian, Ang kerap balik ke rumahnya dan tindakannya itu mengundang sedikit rasa pelik ahli keluarganya.
Katanya, meskipun ahli keluarga pernah bertanya mengenai tindakannya itu, namun dia tidak menceritakan mengenai perkara sebenar serta bersikap biasa serta sentiasa melayan isteri dan seorang anak lelaki berusia tiga tahun dengan baik.
Sementara, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Sapian Salihin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mayat dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat.
Katanya, pihaknya belum dapat mengenal pasti motif tindakan mangsa dan kes berkenaan setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut./hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan