Rabu, 8 Disember 2010

Wanita mati dibunuh, polis tahan pembantu rumah

PASIR MAS: Polis menahan seorang pembantu rumah warga Indonesia berumur 21 tahun bagi membantu siasatan dalam kejadian bunuh seorang wanita di Kampung Lubuk Tapah di sini petang ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC II Mazlan Lazim berkata, mayat Yeap Seok Pen, 60, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah oleh anak lelaki wanita pada kira-kira pukul 2 petang.

Katanya, mayat Yeap ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka, dipercayai dibunuh antara pukul 12 tengah hari hingga 1 petang ini, dan polis kemudiannya menahan pembantu rumah wanita itu, seorang rakyat Indonesia berumur 21 tahun beberapa jam kemudian.

"Ketika kejadian Yeap hanya tinggal berdua dengan pembantu rumahnya itu dan sebelum kejadian jiran Yeap ada terdengar suara orang bergaduh,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mayat Yeap ditemui oleh anaknya dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah, dan polis yang melancar gerakan memburu suspek menemui pembantu rumah itu sedang berjalan kaki di Simpang Empat, Jalan Tok Uban di sini pada pukul 5.15 petang./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan