KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan rakyat Myanmar ditemui mati di luar sebuah restoran makanan Cina di Bandar Puchong Jaya di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Abdul Razak Elias berkata mangsa yang berumur 20-an sebelum itu dikatakan bergaduh dengan dua rakan senegaranya di hadapan kedai itu pada kira-kira pukul 4 pagi.
Beliau berkata ketiga-tiga mereka dipercayai dalam keadaan mabuk ketika pergaduhan itu.
"Kami mendapati mereka bertengkar di luar kedai dan kemungkinan besar si mati mengeluarkan kata-kata kesat sehingga dua orang suspek memukulnya dengan batu jubin di beberapa bahagian kepalanya,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa dengan kesan kecederaan di bahagian belakang kepala ditemui dalam longkang bersebelahan restoran itu dan mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat./Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan