Isnin, 5 September 2011

Dua ditahan bantu kes jumpa mayat wanita

KUANTAN: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat wanita yang tersepit di celah batu di kawasan perkelahan Sungai Mas dekat Sungai Lembing di sini pada Khamis lepas.

Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuantan, DSP Kamaruzzaman Jaafar, bedah siasat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada Sabtu, menunjukkan wanita terbabit dalam usia 20-an mungkin dibunuh berikutan terdapat kesan cekik di lehernya.

"Mangsa, Haslinda Mamat, tidak bekerja dan berasal dari Kampung Tiram, di sini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kamaruzzaman berkata, kedua-dua lelaki terbabit berusia 30 dan 33 tahun.

"Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sebelum itu, sekumpulan remaja menemui mayat tersebut pada kira-kira 2 petang dan melaporkan kepada polis./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan