Jumaat, 2 September 2011

Curi lembu: 2 beradik sedang dikesan


KUANTAN – Polis sedang mengesan dua beradik yang dipercayai dapat membantu siasatan dalam kes cubaan mencuri lembu di Tanjung Putus, Bukit Rangin di sini semalam.
Mereka dikenali sebagai Suhaimi Mat Yacob, 47, dan Mustaki Mat Yacob, 44, yang beralamat di Kampung Cherang Hangus, Bachok, Kelantan.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan, DSP Kamaruzaman Jaafar memberitahu pemberita hari ini, kejadian tersebut berlaku pada 1.30 pagi.
Beliau berkata, pemilik lembu berkenaan membuat laporan seekor lembunya turut ditembak.
Dia kemudiannya melihat beberapa orang melarikan diri dengan menaiki dua buah kereta tetapi salah sebuah daripadanya terbabas ke dalam longkang berhampiran.
"Bagaimanapun dua lelaki yang berada di dalam kereta terbabit berjaya melarikan diri,” kata Kamaruzaman.
Polis kemudiannya mendapat pengenalan diri mengenai dua individu yang melarikan diri itu daripada maklumat yang terdapat dalam kereta tersebut. – Bernama/kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan