Khamis, 8 September 2011

Kes cabul: Polis cari tiga lelaki

SEREMBAN: Polis Negeri Sembilan sedang mencari tiga orang lelaki bagi membantu siasatan kes curi kenderaan serta samun dan mencabul kehormatan.

Ketua Jabatan Siasatan Negeri, Asisten Komisioner Hamdan Abdul Majid berkata, ketiga-tiga suspek ini amat diperlukan bagi membantu polis untuk menyelesaikan kes-kes tersebut.

"Lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes kecurian kenderaan ialah Wong Teck Lim, nombor kad pengenalan 760312-05-5265 dan alamat terakhirnya di No. 43, Taman Sikamat Indah, Seremban dan Low Kok Hing, nombor kad pengenalan 780904-14-5377 dan alamat terakhirnya di Lot PT 10502, Pemindahan Pagar Besi, Batu Rakit Kuala Terengganu dan A-10, Jalan Pinggiran Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor.

"Seorang lagi ialah pemandu teksi, Selvaraj a/l Suppiah, nombor kad pengenalan 661215-02-5263 yang tinggal di No. 16, Jalan Semenyih Indah 16, Taman Semenyih Indah, Semenyih, Selangor, bagi membantu siasatan kes samun dan cabul,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, orang ramai yang mengenali dan mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga lelaki berkenaan diminta supaya menghubungi balai polis terdekat./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan