PETALING JAYA: Seorang wanita cedera di kepala serta badan selepas dibelasah suaminya yang mabuk di depan ibu dan bapa mentuanya sebelum dihalau keluar dari kediaman mereka di Kelana Jaya, di sini, kelmarin.
Menurut sumber, wanita berusia 19 tahun itu mendakwa sering dibelasah suaminya itu tanpa sebarang sebab berikutan tabiat kaki botol lelaki berusia 38 tahun itu sejak awal perkahwinan mereka.
Mangsa mendakwa, dia turut dibelasah lelaki kejam itu walaupun ketika mengandungkan anak sulung mereka kira-kira 10 bulan lalu.
Dalam kejadian terbaru, kira-kira jam 10 malam, Selasa lalu, suspek yang pulang ke rumah dalam keadaan mabuk tiba-tiba naik hantu dan terus memukul mangsa bertubi-tubi.
“Suspek beberapa kali cuba menolak mangsa supaya jatuh dari tangga rumah namun gagal selepas mangsa sempat memegang pemegang tangga. “Ibu bapa suspek cuba menghentikan tindakan ganas anak lelaki mereka itu, bagaimanapun suspek menghalang mereka daripada berbuat demikian,” katanya./hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan