TANGGAL 22 Ramadan lalu menyaksikan seorang lagi bayi luar nikah dilahirkan. Seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun di sebuah sekolah agama di Tumpat, Kelantan, dipercayai melahirkan bayi itu di dalam tandas sebelum membawanya ke bilik asrama sekolah.
Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu disedari seorang pekerja sekolah berkenaan yang terdengar tangisan bayi sebelum memanggil rakan memeriksa bilik asrama sebelum menemui bayi lelaki yang masih bertali pusat di atas katil bersama ibunya.
Pelajar terbabit dikatakan pernah mengadu sakit perut pada malam sebelum kejadian, tetapi dia mendakwa hanya senggugut.
Barangkali, ada yang terkejut dengan berita itu. Hakikatnya ramai tidak terkejut kerana sudah berlambak kes melahirkan anak luar nikah sehingga tidak lagi menyentuh hati nurani.
Bagaimanapun, di sebalik kejadian berkenaan, kita mampu menarik nafas lega apabila bayi dilahirkan selamat tanpa dibuang, ditinggalkan di depan pintu rumah, masjid atau surau. Jika tidak, semakin bertambah jumlah kes pembuangan bayi./hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan