SEREMBAN: Seorang pekerja kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), meninggal dunia dipercayai akibat terminum racun di sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Kampung Nyatoh, Rantau dekat sini, semalam.
Menurut jirannya, Suthir Babu, 26, kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, Muhammad Faizal Raj Abdullah @ A Soraj, 28, ditemui dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumah terbabit.
Dia berkata, seorang gadis berumur 18 tahun, dipercayai kekasih mangsa turut ditemui dalam keadaan sama dan terbaring di atas dada Muhammad Faizal di tempat kejadian.
“Semasa baru pulang dari kerja, saya tiba-tiba terdengar bunyi dengusan kuat dari arah rumah disewa mangsa.
“Kemudian, saya pergi tengok, mereka dalam keadaan terbaring serta mulut berbuih,” katanya di lokasi kejadian, semalam.
Menurut Suthir, dia dan seorang jiran lain, membawa Muhammad Faizal dan gadis itu dengan kereta milik mangsa ke hospital, namun kenderaan itu gagal dihidupkan.
Suthir berkata, dia menghubungi ambulans tetapi Muhammad Faizal disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang tiba.
“Gadis terbabit masih tidak sedarkan diri dan saya difahamkan, dia dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) dekat sini untuk menerima rawatan,” katanya.
Menurut Suthir, dua cawan plastik mengandungi cecair dipercayai racun serangga ditemui di ruang tamu.
Selain itu, katanya, terdapat sekeping nota di lokasi sama, menyatakan kekecewaan pasangan kekasih berkenaan, setelah hubungan mereka dihalang oleh keluarga.
“Dalam nota itu, turut tertera alamat dan nombor telefon keluarga mereka untuk dihubungi sekiranya mereka meninggal dunia, akibat racun terbabit," katanya.
Suthir berkata, Muhammad Faizal dipercayai menyewa di rumah berkenaan sejak tiga bulan lalu, namun jiran tidak mengetahui status hubungannya mereka.
Difahamkan, setakat petang semalam, gadis berkenaan yang dalam keadaan koma masih dirawat di HTJ dan keluarganya enggan mengulas lanjut tentang kejadian.
Muhammad Faizal dikatakan berasal dari Nilai, manakala gadis berkenaan yang juga anak bongsu dari tiga beradik berasal dari Sungai Pelek di Sepang, Selangor.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Md Yusoff Awang, mengesahkan telah menerima laporan tentang kejadian yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan masih dijalankan./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan