GAMBAR fail menunjukkan penduduk melihat kawasan mayat Nurul Awatif dipercayai dibakar di dalam semak di Kampung Lembah Jaya, Ampang Jaya pada 5 September lalu.
SHAH ALAM: Polis yakin dapat menyelesaikan kes pembunuhan seorang remaja perempuan yang mayatnya ditemui terbakar di dalam semak dekat loji kumbahan di Jalan Bukit Belacan, Ampang pada 5 September lalu dengan tertangkapnya seorang pemuda kelmarin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (gambar kecil) berkata, suspek berusia 19 tahun yang merupakan penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ditahan pukul 12 tengah hari di Seri Iskandar, Perak. Dia kini direman sehingga 20 September mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
Difahamkan, pemuda dari Ukay Perdana, Ampang itu merupakan pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan./kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan