KUALA LUMPUR: “Saya tidak akan maafkan pembunuh anak perempuan saya dan mahukan hukuman setimpal dikenakan kepada pembunuh tersebut,” kata Azizah Abdul Rahman, 46, ibu kepada Nurul Awatihf Mohd Shakir, 19, yang dibunuh kejam sebelum dibakar di Jalan Bukit Belacan, Ampang minggu lalu.
Azizah berkata, dia tidak dapat menerima bagaimana anaknya diperlakukan sebegitu kejam.
“Ibu mana hatinya tidak luluh menerima hakikat anaknya dibunuh.
“Sememangnya musibah ini langsung tidak terduga oleh keluarga kerana Nurul bukanlah anak yang bermasalah dan sangat taat kepada agama dan keluarga,” katanya.
Menurutnya, Nurul adalah satu-satunya anak tunggal perempuan dari lima beradik dan sangat manja terutamanya dengan ayah dan adik lelaki ketiga.
Sementara itu, Mohd Shakir, 48, sedih dengan pemergian anak tunggal perempuannya namun reda di atas kejadian yang berlaku.
“Air mata saya sudah tidak mampu untuk mengalir lagi kerana apa yang terjadi tetap terjadi dan pasrah atas ketentuan Allah.
“Arwah Nurul atau mesra dikenali sebagai Angah tidak pernah keluar rumah tanpa meminta izin. Ke mana sahaja dia hendak pergi kebiasaannya saya akan ambil dan hantar tetapi tidak sangka ketika dia meminta izin keluar rumah berhari raya bersama kawannya merupakan hari terakhirnya,” katanya.
Menurutnya, anaknya yang belajar di pusat pengajian tahfiz di Selayang bercita-cita bergelar sebagai Hafizah IT.
Menceritakan detik kehilangan arwah, Shakir berkata, sehari sebelum pulang ke asrama, anaknya meminta izin keluar berhari raya bersama kawan perempuannya pada 4 September lalu.
“Sebagai ayah, saya mempercayainya kerana arwah tahu menjaga diri. Tetapi pada hari tersebut, sehingga lewat malam, arwah masih tidak pulang dan anak lelaki saya cuba menghubungi kakaknya melalui telefon bimbitnya tetapi gagal.
“Pada keesokan harinya, saya dan isteri berusaha mencarinya sehinggalah berita pagi pada 7 September menyiarkan berita tentang penemuan mayat. Kemudian barulah saya membuat laporan polis berhubung kehilangan anak saya.
“Pada hari tersebut juga, saya bersama isteri membuat pengecaman barang dan sah ia milik anak saya berdasarkan gelang, anting-anting dan cebisan baju hijau bercorak hitam anak saya. Keesokan harinya, saya dan isteri membuat pengecaman jenazah pula di hospital,” katanya.
Shakir berkata, polis menghubungi keluarganya dan memberitahu suspek membunuh anaknya ditahan.
“Biarlah polis melakukan siasatan menyeluruh dan menyelesaikan perkara ini dan saya berharap pembunuh anak saya menerima hukuman yang sepatutnya sebelum menerima azab di akhirat nanti,” katanya.
Sementara itu, adik arwah, Mohd Asyraf berkata, ketika pulang berhari raya di kampung, sebelum hilang arwah sentiasa mahu bergambar dengannya.
“Angah turut menasihatkan saya untuk belajar bersungguh-sungguh, jangan nakal dan jangan memberi masalah kepada keluarga,” katanya./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan