IPOH: Cubaan seorang lelaki untuk terjun dari tingkat lima wad 5B Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, gagal apabila diselamatkan polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, lelaki tersebut yang memakai baju T berwarna cerah dan berseluar jeans dikatakan mundar mandir di koridor wad terbabit dalam keadaan gelisah.
Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, lelaki berusia 26 tahun itu bukan sahaja malah didapati menangis sebelum bertindak melangkah keluar pagar yang terdapat di koridor berkenaan.
“Ramai orang yang melihat kejadian itu dari bawah bangunan terkejut, malah ada juga yang mengambil kesempatan untuk merakam aksi lelaki terbabit.
“Bagaimanapun, selepas hampir 45 minit, lelaki terbabit berjaya diselamatkan,” katanya ketika ditemui.
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Tarmizi Haq berkata, lelaki terbabit bukanlah pesakit HRPB tetapi orang luar yang menyelinap masuk ke dalam hospital dan cuba membunuh diri.
Menurutnya, anggota keselamatan menghadapi sedikit kesulitan ketika kerja-kerja menyelamat apabila lelaki terbabit bertindak menendang mereka beberapa kali.
“Bagaimanapun, selepas hampir setengah jam memujuknya, kami berjaya menghalang lelaki terbabit terjun dari bangunan itu,” katanya ketika dihubungi semalam.
Tarmizi berkata, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan mempunyai masalah dalaman yang serius sehingga memutuskan untuk membunuh diri bagi menyelesaikan masalahnya.
“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan lelaki terbabit kini ditempatkan di wad mental HRPB dengan kawalan keselamatan yang ketat,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Penguat kuasa Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, P Samasuvam berkata, pihaknya menerima panggilan daripada anggota polis kira-kira jam 11.12 malam dan tiba di HRPB lima minit kemudian.
Samasuvam berkata, anggotanya bersama polis menasihatkan lelaki berkenaan supaya tidak membunuh diri namun lelaki berkenaan tetap berdegil untuk terjun memandangkan emosinya kurang stabil.
“Kecekapan dua anggota polis mengepung lelaki itu di bahagian kiri dan kanan serta bantuan anggota kami yang menarik lelaki berkenaan ke atas berjaya menyelamatkannya daripada maut,” katanya./sinarharian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan