Sabtu, 6 Ogos 2011

Warga emas disamun dan dibunuh

IPOH: Seorang warga emas ditemui mati dipercayai dibunuh dalam satu kejadian samun di rumahnya di Tanjung Piandang, Parit Buntar, kira-kira 160km dari sini, awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata mayat Teoh Ah Nya@Teoh Kooi Lan, 73, ditemui pada pukul 1.30 pagi oleh adiknya yang kemudian memaklumkan kepada pihak polis.

Hasil pemeriksaan, polis mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian leher mangsa dipercayai dipukul dengan objek keras, selain kehilangan barang kemas bernilai RM6,000 dan wang tunai RM1,000, katanya kepada pemberita di sini, hari ini./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan