KUALA TERENGGANU: Seorang nelayan tidak mengaku bersalah atas dakwaan merogol seorang jurujual yang juga merupakan gadis orang kelainan upaya (OKU) di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Tertuduh, Mohd Zulfadli Mamat@Jusoh, 20, dari Felda Rasau Kerteh 01, Ketengah Jaya, Dungun, tidak mengaku bersalah merogol mangsa yang berumur 20 tahun 10 bulan di rumahnya pada 29 Julai lalu kira-kira jam empat petang hingga 4.30 petang.
Pertuduhan dijalankan Timbalan Pendakwaraya Masriwani Mahmud@ Mamat di hadapan Hakim Azman Mustapha.
Selepas pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Azman menetapkan 28 September depan untuk sebutan semula kes.
Mengikut fakta kes, tertuduh bersama dua lagi rakannya yang masih bebas telah merogol mangsa di rumah tertuduh pada 29 Julai lalu.
Kejadian bermula apabila mangsa yang dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya kira-kira jam 2.30 petang telah didatangi tertuduh dan rakannya dengan menaiki Proton Wira.
Mangsa telah diajak menaiki kereta berkenaan kononnya untuk dibawa ke sebuah kampung berhampiran. Bagaimanapun, mangsa yang hanya mengikut itu telah dibawa ke rumah tertuduh iaitu kira-kira jam empat petang.
Di rumah berkenaan, mangsa telah dirogol tertuduh dan dua lagi rakannya secara bergilir-gilir, pada keesokan harinya, mangsa ditinggalkan di tepi jalan berhampiran selepas satu malam diratah oleh ketiga-tiga mereka.
Mangsa seorang OKU kategori fizikal itu telah menelefon abangnya dan terus membuat laporan polis.
Dengan itu, tertuduh telah didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat jika disabitkan kesalahan./sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan