KUALA LUMPUR: Hasrat seorang remaja lelaki beragama Islam berusia 22 tahun melempiaskan nafsunya melanggan pelacur di sebuah premis empat tingkat di Jalan Silang, di sini, tidak kesampaian selepas premis itu diserbu pihak berkuasa, tengah hari, semalam.
Remaja terbabit adalah antara 18 pelanggan yang dicekup anggota Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, dalam Ops Noda, kira-kira jam 12 tengah hari. Semua pelanggan ditahan berusia antara 22 hingga 30-an termasuk warga Myanmar dan Nepal.
Selain itu, 15 wanita tempatan berumur 19 hingga 56 tahun dipercayai pelacur dicekup dan polis mendapati 12 wanita terbabit beragama Islam./hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan