PORT DICKSON: Mayat seorang lelaki dijumpai dalam longkang di stadium mini Padang Merdeka di sini, pagi ini.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baljit Singh berkata, mangsa dikenali sebagai Nor Azlan Mohd Nor, 29, seorang yang dibuang daerah kerana kesalahan jenayah yang berasal dari Perak.
"Polis menerima panggilan mengenai penemuan mayat itu dari orang awam pada kira-kira pukul 12.05 pagi ini,” katanya ketika dihubungi.
Baljit berkata, terdapat kesan kecederaan di kepala mangsa.
"Siasatan awal mendapati mangsa mati dipercayai terbabit dalam satu pergaduhan di stadium mini di situ sebelum mayatnya dicampakkan ke dalam longkang. Setakat ini polis menahan seorang suspek,” katanya ketika dihubungi./Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan