JOHOR BAHRU: Seorang warga Indonesia yang hanya dikenali sebagai Ana dipercayai dibunuh oleh kekasihnya di rumah tempat mereka tinggal di Kampung Rumah 10, Plentong di sini hari ini.
Kekasihnya yang juga warga Indonesia yang dikenali sebagai Edy, 28, kemudiannya ditahan polis.
Menurut polis, wanita berusia 28 tahun itu ditemui mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dipercayai dipukul oleh suspek.
Suspek bekerja sebagai juruelektrik.
Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 10.30 pagi apabila jiran-jiran mendengar jeritan wanita berkenaan meminta tolong.
Mereka kemudiannya melihat lelaki itu sedang memukul mangsa, namun diberi amaran oleh suspek agar tidak masuk campur dalam urusan mereka.
Jiran-jiran kemudiannya menghubungi polis./Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan