KUALA LUMPUR: Seorang anggota tentera berpangkat Lans Koperal dan seorang penjual burger bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap tuduhan merogol, melakukan seks di luar tabii dan merompak dua pendandan rambut, tiga minggu lalu.
Hamzi Amni Zamali, 25, dan remaja berusia 18 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap semua tuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan Hamzi dan remaja itu didakwa merogol seorang wanita berusia 19 tahun di bilik sewa, 313, B500-4-14, Wisma Indah, Pudu, di sini pada jam 3.45 dan 4 pagi, 1 Ogos lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebat jika sabit kesalahan.
Hamzi yang pernah dihadapkan di mahkamah sama bagi pertuduhan merompak dan merogol, dua tahun lalu turut didakwa melakukan seks di luar tabii dengan memasukkan kemaluannya ke dalam mulut wanita berusia 19 tahun itu sebelum merogol rakan mangsa berusia 20 tahun pada tarikh dan lokasi sama, jam 3.45 pagi. Kedua-dua tertuduh secara bersama didakwa merompak berkumpulan sebuah telefon bimbit Sony Eriksson, wang tunai RM800, dua gelang emas, dua bentuk cincin emas dan permainan video Sony PSP milik kedua-dua mangsa./hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan