Ahad, 14 Ogos 2011

Dituduh rogol kanak-kanak

KUANTAN: Seorang lelaki tidak mengaku bersalah menghadapi dua pertuduhan iaitu merogol seorang kanak-kanak ketika dihadapkan di Mahkmah Sesyen di sini, semalam.

Tertuduh berusia 42 tahun beralamat Kampung Permatang Pauh, Pekan membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Fathiyah Idris.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh telah didapati merogol mangsa berusia 7 tahun 2 bulan di sebuah rumah di Kampung Mengkasar, Pekan pada 7 Ogos lalu kira-kira jam 8.30 malam.

Manakala bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didapati merogol mangsa sama di rumah tersebut pada pertengahan Jun lalu kir-kira jam 9 malam.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh disebat.

Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Mohamad Azman Ariffin membantah jaminan diberikan terhadap tertuduh kerana tinggal bersama di rumah mangsa terbabit.

Fathiyah kemudiannya menetapkan sebutan semula kes itu pada 12 September depan dan tertuduh dihantar ke Penjara Penor, Pekan./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan