Sabtu, 27 Ogos 2011

Bunuh, kerat, buang dalam tandas

IMBAS SEMULA... Anggota polis dan penduduk berkumpul di kawasan Apartmen Astaria, Taman Kosas, Ampang Jaya pada hari mayat dua beranak itu ditemui oleh pihak pengurusan.
AMPANG JAYA: Tiga lelaki Bangladesh yang menghadapi empat tuduhan membunuh dan melupuskan mayat seorang wanita serta anaknya yang dikerat 15 bahagian cuba mengelirukan mahkamah apabila dua daripadanya pantas menafikan dakwaan itu, manakala seorang lagi menukar pengakuan sebaik mengetahui hukuman yang bakal dihadapinya.
Dalam kejadian di Mahkamah Majistret di sini semalam, tertuduh pertama, Abd. Razak Tofazzalhossain, 24, dan tertuduh kedua, Mmd. Ripon Mondal Krndabosois, 26, pantas menafikan penglibatan mereka dalam kejadian itu sebaik pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Malaysia.
Bagaimanapun, Majistret Wan Karimah Wan Ab. Ghani memberitahu, mahkamah hanya mahukan jawapan faham atau tidak.
Sebaik mendengar tegasan tersebut, kedua-dua tertuduh kemudian menjawab faham tanpa membuat pengakuan.
Abd. Razak dituduh membunuh seorang wanita Indonesia, Siti Sando, 35, di antara pukul 11 pagi dan 5 petang, di No. 40, Tingkat 5, Blok Chrysaa, Apartmen Astaria, Taman Kosas di sini pada 29 Julai lalu.
Mmd. Ripon pula dituduh bersama-sama Abd. Razak membunuh kanak-kanak berusia dua tahun, Mohd. Shukri di situ./kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan