MELAKA: Seorang wanita berumur 24 tahun disyaki membuang bayinya yang tidak cukup bulan di dalam tong sampah di rumahnya di Flat Taman Sri Lanang di sini.
Mayat bayi itu didapati tanpa kepala dan berusia lebih kurang enam bulan.
Wanita itu pada mulanya disyaki apabila doktor di Hospital Melaka mendapati dia mengalami pendarahan yang banyak ketika menerima rawatan di situ, yang kemudiannya membuat laporan polis.
"Kami menerima laporan (Selasa lalu) kira-kira jam 9 malam dari doktor tersebut bahawa mangsa mengalami pendarahan yang banyak ketika menerima rawatan dan dipercayai dia telah melahirkan anak,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah kepada pemberita hari ini./Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan