KUALA LUMPUR: Kegembiraan seorang pesara tentera membuat persiapan pada saat-saat akhir menjelang Aidilfitri buat keluarganya bertukar tragedi apabila dia menemui ajal ketika baru sampai ke rumah selepas keluar membeli-belah semalam.
Semasa kejadian pada pukul 3.25 pagi di tempat letak kereta Blok A, Projek Perumahan Rakyat (PPR), Taman Wahyu di sini, mangsa Shariff Din, 47, bersama isteri, Fauziah Ahmad Alwi, 50, dan empat anaknya baru sampai ke rumah selepas membeli barang raya di bazar larut malam (Uptown) Danau Kota di Setapak.
Shariff atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Sheriff Lobo’ dalam kalangan penduduk di situ telah lapan tahun mendiami rumah di tingkat lapan PPR itu./kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan