SHAH ALAM: Seorang tukang sapu warga Indonesia diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam terhadap tuduhan membunuh seorang rakannya, empat tahun lalu.
Hakim, Datuk Akhtar Tahir memerintahkan demikian terhadap Marianto Azlan, 37, selepas berpuas hati pendakwaan berjaya membuktikan kes.
Marianto bersama-sama empat yang masih bebas didakwa membunuh Firdaus Komari di kawasan tanah lapangan Lorong Kayangan 3, Kampung Pandan, Ampang, kira-kira jam 7 petang, 21 Januari 2007.
Akhtar dalam keputusannya berkata, mahkamah mendapati keterangan saksi pembelaan konsisten dengan laporan perubatan dan kimia.
“Mahkamah beri peluang peguam bela untuk menasihati anak guam sama ada memilih keterangan bela diri secara berdiam diri, memberi keterangan di kandang tertuduh atau dari kandang saksi,” katanya.
Perbicaraan terhadap Marianto dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norhani Mohd Azhar mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574).
Mengikut Seksyen terbabit, Marianto boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan./sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan