Khamis, 25 Ogos 2011

Bayi lahir dalam tandas selamat

TUMPAT: Kes pelajar sebuah sekolah agama di Pasir Pekan di sini, yang melahirkan anak lelaki dalam tandas sekolah terbabit disiasat Jabatan Agama Islam Jajahan Tumpat di bawah Seksyen 16 Kanun Jenayah Syariah Kelantan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap berkata, bayi lelaki yang dilahirkan pelajar berumur 18 tahun itu selamat dan ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II selepas dibawa ke hospital terbabit, kelmarin.

Menurutnya, pelajar terbabit yang berasal dari Pasir Mas boleh ditangkap tanpa waran jika terbukti ada kelahiran tanpa nikah.

“Memandangkan bayi dilahirkan itu selamat, kes diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Jajahan Tumpat untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kelmarin, pihak pengurusan sekolah agama itu gempar apabila terdengar tangisan bayi daripada sebuah bilik asrama apabila seorang pelajar tingkatan enam yang baru melahirkan anak dalam tandas membawa ke katil asrama.

Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu disedari pekerja sekolah itu apabila menemui pelajar tersebut bersama bayi lelakinya yang masih bertali pusat dalam bilik tidurnya di tingkat satu bangunan asrama terbabit.

Bagaimana pun bimbang keselamatan dua beranak itu dalam keadaan lemah, pihak sekolah mendapatkan ambulans dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Pelajar terbabit dikatakan pernah mengadu sakit perut pada malam sebelum kejadian, namun dia mendakwa hanya hanya sakit senggugut dan meminta kunci daripada pengawal keselamatan untuk naik ke bilik asrama dan melahirkan anak itu./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan