Selasa, 21 Disember 2010

Sebutan semula keluar Islam 14 Februari

KUALA TERENGGANU: Permohonan dua individu untuk meninggalkan agama Islam di negeri ini sekali lagi ditangguhkan semalam, apabila Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu menetapkan 14 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes mereka.

Kedua-dua lelaki mualaf memohon untuk keluar daripada Islam itu, Mohammad Rajiman Chin, 48, dan Mohd Ramzan Manjarasan, 38, namun kegagalan mereka mengemukakan dokumen lengkap berkaitan permohonan menyebabkan kes perlu disebut semula.

Hakim Syarie, Rosdi Harun menetapkan tarikh sebutan permohonan kedua-dua pemohon dijalankan pada hari yang sama.

Ketika sebutan kes yang berjalan selama 10 minit semalam, kedua-dua pemohon gagal mengemukakan dokumen afidavit secara lengkap serta alasan kukuh sebagai keterangan untuk keluar daripada Islam.

Rusdi berharap agar tempoh panjang yang diberikan itu digunakan sebaik-baiknya kedua-dua pihak untuk membuat persediaan memandangkan kes yang akan didengar itu serius dan tidak boleh dipandang ringan.

“Permohonan yang dikemuka hari ini, (semalam) membabitkan maruah agama dan ia berkait rapat dengan akidah, ia sesuatu yang serius serta tidak boleh dipandang ringan.

“Permohonan yang dikemukakan hari ini perlu disertakan dengan alasan yang kukuh dan jelas untuk keluar agama Islam serta dua agensi yang menjaga kepentingan orang Islam di Terengganu perlu bersedia dengan dokumen lengkap untuk berhadapan dengan tuntutan itu,” katanya./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan