Selasa, 21 Disember 2010

Peragut rantai kena belasah

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan dan dibelasah orang awam selepas cuba meragut rantai emas milik seorang lelaki yang menjamu selera bersama isterinya di sebuah restoran di Taman Connought, Cheras, di sini, kelmarin.

Selepas ditahan dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, suspek berusia 28 tahun memberi alasan melakukan jenayah terbabit berikutan kesempitan wang untuk memberikan makanan kepada dua anaknya yang masih kecil.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, berkata, suspek menghampiri mangsa dari arah belakang sebelum meragut rantai leher milik mangsa yang dianggarkan bernilai RM2,000./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan