Ahad, 19 Disember 2010

Ibu bapa, dua beradik terlampau boleh didakwa

KUALA LUMPUR: Kes dua beradik menggemparkan penduduk di sekitar Butterworth, Pulau Pinang dengan aksi terlampau mereka boleh dikenakan hukuman lebih berat termasuk sebat di bawah peruntukan Kanun Keseksaan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di negeri terbabit.

Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, sekiranya didapati sabit melakukan jenayah sumbang mahram mengikut Seksyen 376A dan 376B Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 puluh tahun serta sebatan. Menurutnya, perlakuan sumbang mahram mereka juga boleh didakwa melalui Seksyen 20, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pulau Pinang) 1996 yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau disebat tidak lebih enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. “Mereka juga boleh dikenakan hukuman kerana melakukan persetubuhan luar nikah (Seksyen 23) atau persediaan melakukan persetubuhan luar nikah (Seksyen 24) bawah enakmen sama.

“Peruntukan ini membolehkan yang bersalah didenda tidak lebih RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau disebat tidak lebih enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu,” katanya.

Harian Metro Khamis lalu melaporkan mengenai penyebaran rakaman aksi seks budak lelaki dan perempuan yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggempar penduduk di sekitar Butterworth. Budak lelaki dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun.

Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai di dalam bilik sebuah hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan keadaan katil dan suasana dalaman sekitarnya.

Musa berkata, selain kanak-kanak terbabit, tindakan mengikut undang-undang syariah juga boleh diambil terhadap ibu bapa atau penjaga mereka melalui Seksyen 128 (2) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Pulau Pinang) 2004.

Katanya, jika sabit kesalahan ibu bapa atau penjaga mereka boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM200./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan