Rabu, 15 Disember 2010

Pengawal keselamatan cabul adik tiri

JOHOR BAHRU: Seorang pengawal keselamatan didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tiga kesalahan berasingan mencabul adik tirinya.

Lelaki berkenaan didakwa melakukan kesalahan sekitar Ogos tahun lalu di sebuah rumah di Kampung Melayu Majidee, di sini.

Tertuduh terbabit telah dituduh mencabul kehormatan adiknya sebanyak tiga kali iaitu kesalahan secara meraba dan mencium payu dara mangsa.

Mengikut fakta kes, lelaki itu melakukan kesalahan pertama dengan meraba payu dara mangsa kira-kira jam 3 hingga 4 petang di dapur rumah itu.

Kemudian, dia mengulangi kesalahan kedua di dalam bilik rumah berkenaan sekitar 7 hingga 8 malam seterusnya, mangsa dicabul sekali lagi kira-kira jam 3 hingga 4 petang pada hari yang berlainan.

Kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman maksimum 10 tahun penjara atau denda atau sebatan atau dua dari hukuman itu jika sabit kesalahan.

Majistret Hafizah Johor Ariff Johor memerintahkan tertuduh membayar RM5,000 bagi setiap kesalahannya menjadikan jumlah keseluruhan RM15,000.

Jika tertuduh gagal membayar denda berkenaan, hukuman penjara lima bulan bagi setiap kesalahan akan dikenakan kepadanya.

Sementara itu dalam bilik berasingan, seorang penganggur diminta membayar RM2,500 atas kesalahan menceroboh sebuah rumah.

P Gunalan, 30, melakukan kesalahan itu pada 29 November kira-kira jam 3.30 petang di Taman Munsyi Ibrahim, di sini.

Tertuduh mengaku bersalah di hadapan Majistret Mazana Sinin dan kes dibicarakan atas kesalahan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Kes di bacakan Pendakwa raya Chuab Shyue Chien dan Gunalan tidak diwakili peguam./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan